• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NASA Lancar DART Ubah Laluan Dimorphos Menuju Ke Bumi Isnin Ini

oleh AK-47
23/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
NASA Lancar DART Ubah Laluan Dimorphos Menuju Ke Bumi Isnin Ini
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Pasukan saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) memberi amaran sebutir asteroid dengan lebar 170 meter dinamakan Dimorphos berada di laluan dan mungkin merempuh Bumi pada 26 September ini, pukul 11.14 malam (waktu tempatan), lapor laman berita Wion News semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagaimanapun, penduduk Bumi tidak perlu bimbang, kata NASA. Ini kerana agensi berkenaan sudah merangka langkah pencegahan bagi mengubah laluan asteroid tersebut dengan menggunakan robot kapal angkasa DART yang berharga AS$330 juta (RM1.5 bilion).

Kapal angkasa yang beratnya kira-kira setengah tan itu akan bergerak pada kelajuan lebih 6.4 kilometer (km) sesaat untuk bertembung dengan Dimorphos yang akan berada kira-kira 10.9 juta km dari Bumi pada masa impak.

DART yang direka bentuk untuk beroperasi sepenuhnya secara autonomi, akan menjadi jentera tanpa pemandu untuk misi itu.

Meskipun saintis-saintis melabelkan asteroid itu sebagai bukan ancaman, objektif utama melancarkan misi kali ini adalah untuk menguji keupayaan DART menghalang sebarang kemungkinan termasuk sekiranya berdepan dengan ‘asteroid hari kiamat’.

Mereka berkata, pemerhatian impak pertembungan kapal angkasa DART dan Dimorphos akan memberikan data penting tentang seberapa baik kapal angkasa itu dapat melindungi Bumi daripada hentaman asteroid.

Menurut Pengarah Pejabat Koordinasi Pertahanan Planet NASA, Lindley Johnson, misi DART tidak mencerminkan perubahan dalam dasar pemikiran agensi ini mengenai objek berbahaya angkasa lepas, sebaliknya menjadi kesinambungan kerja yang dilaksanakan setakat ini.

“Piagam kami dari awal lagi adalah bukan sahaja untuk mencari asteroid tetapi untuk mengusahakan teknologi dan teknik yang boleh digunakan untuk memesongkan asteroid daripada trajektori hentaman, sekiranya kami menemuinya.

“DART hanyalah ujian pertama dalam apa yang kita lihat sebagai program yang berterusan,”jelas Johnson.

-Kosmo Online

Tags: dartDimorphosNASA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

NASA Dedah Imej Terkini Bulan Dari Misi Artemis II

NASA Dedah Imej Terkini Bulan Dari Misi Artemis II

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Agensi angkasa Amerika Syarikat, NASA sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi imej terbaharu permukaan Bulan yang dirakam...

NASA Lakar Sejarah Terbang Paling Hampir Kepada Matahari

NASA Lakar Sejarah Terbang Paling Hampir Kepada Matahari

25/12/2024
0

WASHINGTON: Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah semalam apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd