• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Dzaffir Ketua Polis Negeri Sembilan Baharu

oleh Mohd Arshad
20/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Ahmad Dzaffir Ketua Polis Negeri Sembilan Baharu
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN: Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan menerima Ketua Polis Negeri yang baharu apabila, Deputi Komisioner Polis (DCP) Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof menggantikan Datuk Ruslan Khalid berkuatkuasa hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ahmad Dzaffir yang merupakan bekas Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Lumpur akan menggantikan Ruslan yang akan bersara wajib selepas lima bulan berkhidmat di Kontinjen Polis Negeri Sembilan.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad yang berlangsung di IPK Negeri Sembilan di sini hari ini.

Turut berlangsung, majlis serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Negeri Sembilan antara Datin Rohayah Harun dengan Deputi Superitenden Erny Yusnida Che Yusoff.

Ahmad Dzaffir ketika ditemui selepas majlis tersebut berharap dapat menjalankan tugas seperti mana fokus yang ditekankan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani iaitu memperkasakan integriti, memperkasakan penyampaian perkhidmatan dan mendukung dasar-dasar kerajaan untuk kesejahteraan masyarakat.

“Selain itu, menjadi misi dan fokus utama saya untuk membanteras segala jenis aktiviti bersindiket termasuk perjudian, dadah dan sindiket ‘scam’.

“Yang mana kita tahu ‘scam’ adalah trend yang terkini sejak Covid-19 dan ramai yang menjadi mangsa melibatkan kerugian berjuta-juta ringgit,” katanya.

Beliau yang dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan telah berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 31 tahun .

Ruslan pula melahirkan rasa terima kasih dan bangga kerana selama bertugas di IPK Negeri Sembilan beliau telah mendapat sokongan yang padu dan jitu daripada seluruh warga PDRM kontinjen tersebut.

UtusanOnline-

Tags: Ahmad DzaffirKetua Polis Negeri Sembilan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ketua Polis Negeri Sembilan Bantu Mangsa Kemalangan

Ketua Polis Negeri Sembilan Bantu Mangsa Kemalangan

19/07/2025
0

Seremban: Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof membantu mangsa kemalangan di Kilometer 259.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd