• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kehadiran Polis Demi Keselamatan, Tidak Berpihak Mana-Mana Pihak – Alzafny

oleh Mynewshub
05/06/2026
dalam Artis
0
Kehadiran Polis Demi Keselamatan, Tidak Berpihak Mana-Mana Pihak – Alzafny
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan kehadiran anggota dan pegawai polis di kawasan pintu masuk Balai Rasmi Tunku Besar Tampin pada Jumaat adalah semata-mata bagi memastikan keselamatan, ketenteraman awam dan pematuhan kepada undang-undang tanpa memihak kepada
mana-mana pihak.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihak polis telah menerima maklumat berhubung kehadiran orang ramai di kawasan berkenaan dan susulan itu Ketua Polis Daerah Tampin mengatur penugasan anggota serta pegawai polis bagi melaksanakan kawalan keselamatan dan pemantauan keadaan di lokasi tersebut.

Menurut beliau, langkah itu diambil bagi memastikan ketenteraman awam, keselamatan orang ramai serta kelancaran situasi di kawasan berkenaan sentiasa terpelihara.

“Tindakan yang diambil adalah selaras dengan fungsi dan tanggungjawab PDRM sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 21 Akta Polis 1967 untuk memelihara keamanan, keselamatan dan ketenteraman awam serta mencegah berlakunya sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pada 5 Jun 2026, PDRM turut menerima satu salinan perintah mahkamah yang berkaitan dengan perkara tersebut.

Katanya, pihak polis menghormati proses perundangan yang sedang berjalan dan akan melaksanakan tugas serta tanggungjawabnya selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa bertenang, mematuhi undang-undang serta tidak terlibat dalam sebarang tindakan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam atau mengganggu proses
yang sedang berlangsung.

“Keadaan keselamatan di lokasi adalah terkawal dan PDRM akan terus memantau perkembangan semasa serta mengambil tindakan sewajarnya demi memastikan keamanan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Balai Rasmi Tunku Besar TampinDatuk Alzafny AhmadKehadiran Poliskeselamatanketenteraman awamKetua Polis Negeri Sembilanpematuhan kepada undang-undangTidak Memihak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Surat Terbuka Penduduk Paya Besar Kepada Ahli Parlimen

Surat Terbuka Penduduk Paya Besar Kepada Ahli Parlimen

15/04/2026
0

KUANTAN - Penduduk Paya Besar menggesa pihak berwajib menangani isu kemalangan yang kerap berlaku di laluan susur keluar Jalan Kg...

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

09/04/2026
0

REMBAU – Malaysia akan mengambil langkah proaktif memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyemak semula terma penugasan pasukan pengaman di Lubnan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd