• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Titah Semangat Perpaduan Hari Merdeka Diteruskan

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Agong Titah Semangat Perpaduan Hari Merdeka Diteruskan
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar semangat perpaduan, kenegaraan (patriotisme) dan cintakan negara yang telah dipamer oleh rakyat pada majlis Sambutan Hari Kebangsaan baru-baru ini sangat membanggakan dan perlu diteruskan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa sukacita dan kagum dengan sambutan Hari Kebangsaan yang telah berlangsung di Dataran Merdeka pada 31 Ogos lalu dengan kehadiran melebihi jangkaan 50,000 orang.

“Justeru itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan setinggi penghargaan kepada rakyat yang telah datang memenuhi lokasi majlis dan kawasan sekitar untuk menyertai dan secara berdisiplin menonton sambutan hari yang bersejarah itu.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan semoga semangat-semangat tersebut yang secara langsung mencerminkan keakraban rakyat pelbagai kaum di negara ini memperkukuhkan lagi keharmonian negara,” ujarnya hari ini.

Menurut beliau, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan harapan agar semangat tersebut dipamer dan diteruskan dalam memperingati dan meraikan Hari Malaysia pada 16 September tidak lama lagi.

Pada masa sama, jelas Ahmad Fadil, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada Kerajaan Malaysia, kesemua peserta dan penganjur, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Tan Sri Annuar Musa di atas kejayaan Sambutan Hari Kebangsaan 2022 yang telah disempurnakan dengan rapi dan cemerlang.

Tambahnya, Seri Paduka Baginda amat kagum menyaksikan persembahan yang telah dipamer oleh semua kontinjen agensi-agensi kerajaan dan pelajar sekolah yang telah mengambil bahagian pada majlis tersebut.

“Semangat kenegaraan dan cintakan negara yang telah dipamer oleh mereka, khususnya pelajar sekolah yang terdiri daripada pelbagai peringkat persekolahan dan kaum adalah sewajarnya dipuji dan dicontohi,” ujarnya.

-Kosmo Online

Tags: AgongPerpaduan Hari MerdekaTitah Semangat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengampunan Bersyarat Najib Adalah Jelas Dan Nyata : YDPA

Pengampunan Bersyarat Najib Adalah Jelas Dan Nyata : YDPA

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah bahawa pelaksanaan kuasa perintah pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk...

Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara, Diperkenal Timbalan KPN Dan Pengarah Pengurusan PDRM Baharu

Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara, Diperkenal Timbalan KPN Dan Pengarah Pengurusan PDRM Baharu

13/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd