Sample Page Title

Kangar : Seramai 60 individu yang dikehendaki atas kesalahan membabitkan dadah di daerah Kangar berjaya ditahan sepanjang bulan ini sehingga semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ia susulan operasi yang dilaksanakan untuk mengesan individu yang berstatus Orang Dikehendaki serta mempunyai waran tangkap bagi menyelesaikan kes lampau terutamanya kes membabitkan jenayah narkotik dan jenayah lain.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, daripada jumlah itu 38 orang ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh polis di daerah itu bermula pada 18 September hingga 20 September lalu.

“Dalam operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar, seramai 38 orang individu berusia 21 hingga 57 tahun yang berstatus orang dikehendaki atau ‘wanted’ dalam pelbagai kesalahan kes dadah diberkas menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan adalah seramai 60 orang bagi bulan ini.

“Selain itu, tiga individu diambil tindakan kerana mempunyai rekod kesalahan dadah berulang selepas ditahan mengikut Seksyen 39C (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih tujuh tahun serta tidak lebih tiga sebatan,” katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Katanya, sepanjang tahun ini saja, IPD Kangar berjaya menyelesaikan sebanyak 182 kes dadah ke atas individu yang menghilangkan diri selepas dibebaskan dengan ikat jamin polis dan disenaraikan sebagai orang yang dikehendaki.


“Tujuan operasi berkenaan diadakan bagi membersihkan kawasan penempatan terutama dalam daerah Kangar daripada menjadi tumpuan orang yang dikehendaki polis.

“Selain itu, ia boleh terdedah kepada berlakunya aktiviti jenayah yang lain sekiranya mereka tidak diambil tindakan.

“Oleh itu, kita akan mempergiatkan lagi usaha untuk mengesan dan membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah di daerah ini,” katanya.

Polis daerah ini mengalu-alukan kerjasama serta maklumat daripada orang awam untuk bersama-sama membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah ini.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kangar di talian 04-908 2222.

-Harian Metro

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Pekerja Asing Dibenar Untuk Sub Sektor Gudang Darat

PUTRAJAYA: Majikan di seluruh negara dibenarkan untuk menggaji pekerja asing dalam sektor kecil gudang...

Covid-19: Majoriti Negeri Catat Kes Tiga Angka

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 3,024 kes berbanding kelmarin,...

PAS Tak Sertai Kerajaan Perpaduan, Jadi Pembangkang Konstruktif

KUALA LUMPUR: PAS menegaskan tidak akan menyertai Kerajaan Perpaduan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim,...

Belanjawan Selangor 2023: Peruntukan RM65.6 Juta Teruskan Program Kesihatan Awam

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor memperuntukkan RM65.6 juta bagi meneruskan pelaksanaan pelbagai program berkaitan kesihatan...

Lelaki Warga Emas Maut Ditikam Suami Cemburu

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas maut selepas ditikam seorang lelaki yang mengesyaki mangsa...

Kerajaan Baharu Digesa Tarik Balik Ratifikasi CPTPP

PUTRAJAYA: Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa menarik balik ratifikasi...

Selangor Umum Belanjawan 2023 Berjumlah RM2.45 Bilion

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor hari ini membentangkan Belanjawan 2023 berjumlah RM2.45 bilion merangkumi RM1.25...