• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2,553 Individu Didakwa SPRM Sepanjang Januari 2020 Hingga Ogos Lalu

oleh AK-47
30/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
2,553 Individu Didakwa SPRM Sepanjang Januari 2020 Hingga Ogos Lalu
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Sejak penubuhannya 55 tahun lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus unggul melakar pencapaian gemilang apabila berjaya membongkar banyak kes jenayah kolar putih termasuk berprofil tinggi yang bukan sahaja diiktiraf di negara ini malah di persada antarabangsa.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, sepanjang Januari 2020 hingga Ogos tahun ini, 2,553 individu ditahan manakala 1,313 pertuduhan dilaksanakan membabitkan kes rasuah.

Katanya, pihaknya merekodkan 91.1 peratus atau 266 kes salah laku rasuah yang berakhir dengan sabitan daripada 292 kes yang selesai dibicarakan bagi 2021.

“Rekod berkenaan adalah satu kejayaan berikutan melebihi kadar sabitan kesalahan rasuah sebanyak 90 peratus yang ditetapkan dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023.

“Daripada segi pemulihan aset pula, jumlah aset yang dilucutkan hak dan dipulangkan kepada kerajaan Malaysia tahun lalu adalah RM5.1 bilion iaitu 99.57 peratus daripada kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Siasatan terhadap kes-kes berkenaan boleh dikatakan sangat mencabar kerana banyak kekangan yang kami hadapi daripada pelbagai aspek.

“Namun, dengan kejayaan bermula daripada siasatan sehingga ke peringkat pendakwaan, ia membuktikan kemampuan dan kebolehan SPRM dalam mengendalikan kes berprofil tinggi dan kompleks yang bukan sahaja diiktiraf di negara ini malah di peringkat antarabangsa,” katanya

sempena Hari Ulang Tahun SPRM ke-55 hari ini, yang bertemakan ‘Amanah, Tegas dan Adil’.

Selain kes 1MDB dan SC International, beliau berkata, kes skandal rasuah Op Water juga antara pencapaian hebat SPRM apabila merekodkan penyitaan terbesar iaitu wang tunai dan barangan lain seperti kenderaan mewah dan barang kemas berjumlah jutaan ringgit.

“Sejak 2012, SPRM menggarapkan modul dalam operasi seperti modul risikan dan penyiasatan yang mana pendekatan itu bukan hanya tertumpu kepada kes individu kecil malah membabitkan kerja perisikan dan penyiasatan.

“Ia kemudiannya diserahkan kepada jabatan tertentu untuk tindakan lanjut sekali gus menyelesaikan masalah dengan lebih efisyen.

“Sebelum ini, suruhanjaya ini banyak menunggu maklumat atau aduan sebelum menjalankan siasatan, namun selepas 2000, kita menggunakan kaedah perisikan dan ‘undercover’ untuk membongkar kes rasuah secara bergerombolan.

“la dikembangkan lagi sekarang apabila kita menggunakan ‘Intelligence Based Investigations’ (IBI), kaedah proaktif yang digunakan untuk kes berprofil tinggi yang mana ‘Deep Analysis’ dilaksanakan kepada subjek-subjek sebelum ‘proper investigations’.

“Dengan ‘Deep Analysis’, identifikasi pelaku rasuah berprofil tinggi dikenal pasti dan kedua ialah pemulihan aset,” katanya.

-Harian Metro

Tags: DidakwaSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd