• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zelensky Gesa China Bantu Tamatkan Perang Di Ukraine

oleh Mohd Arshad
04/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Zelensky Gesa China Bantu Tamatkan Perang Di Ukraine
Share on FacebookShare on Twitter

KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mahu mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping berhubung konflik yang tercetus di negaranya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pemimpin itu turut menggesa Beijing menggunakan pengaruh politik dan ekonominya ke atas Russia untuk membantu menamatkan perang di Ukraine.

Zelensky dalam temubual South China Morning Post memaklumkan beliau sudah memohon perbincangan dengan Jinping sejak pencerobohan Russia di Ukraine bermula pada Februari lalu, namun perkara itu masih belum berlaku.

“Saya ingin mengadakan perbincangan secara langsung dengan beliau. Sebelum ini, saya pernah bertemu dengan Presiden Jinping setahun lalu.

“Sejak insiden pencerobohan pada Februari lalu, kami sudah memohon perbincangan secara rasmi namun belum ada lagi peluang demikian dengan China walaupun saya percaya ia dapat membantu menangani konflik itu,” katanya.

China, sekutu Russia paling penting, dilaporkan masih belum mengutuk `operasi ketenteraan khas’ Moscow yang dilaksanakan di Ukraine.

Sebelum ini, Zelensky dan sekutu Barat menyifatkan pencerobohan Russia sebagai tindakan keganasan namun Beijing menegaskan Moscow diprovokasi untuk menyerang termasuk disebabkan peluasan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Eropah.

Jinping sebelum ini menyuarakan kebimbangan berhubung konflik berterusan di Ukraine semasa sidang kemuncak pada Jun lalu.

Bagaimanapun, beliau tidak memberikan sebarang petunjuk untuk menamatkan pertempuran berkenaan.

Konflik berterusan selama enam bulan itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 5,327 orang awam di Ukraine terbunuh dan memaksa kira-kira 12 juta penduduk meninggalkan rumah mereka.

Pertempuran itu juga menyekat eksport bijirin sekaligus memburukkan lagi krisis kekurangan makanan dan mendorong kenaikan harga di seluruh dunia.

UtusanOnline-

Tags: ChinaperangUkraineVolodymyr Zelensky
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

09/04/2026
0

REMBAU – Malaysia akan mengambil langkah proaktif memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyemak semula terma penugasan pasukan pengaman di Lubnan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd