Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bomoh Ditahan Rogol Wanita...

PASIR MAS: Polis menahan seorang bomoh berusia 67 tahun selepas didakwa merogol seorang wanita berusia 23 tahun, ketika proses rawatan tradisional dalam kejadian di rumah suspek di Kampung Tendong di sini, pada Jumaat lepas.

Polis Buru Lelaki Misteri...

SEORANG lelaki yang menceroboh sebuah kediaman dalam keadaan bogel kini sedang diburu pihak...

“Saya Tak Pernah Lari...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, beliau...

FAMA Sasar Jualan Pasar...

BESUT - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu menyasarkan nilai jualan produk pertanian...

Warga Emas Terkejut Diisytihar ‘Mati’ Gara-gara Hilang MyKad

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu van, Low Choo Choon, 71, berdepan pelbagai masalah setelah diisytiharkan ‘meninggal dunia’ kira-kira lapan bulan lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Warga emas itu hanya menyedari status dirinya sudah ‘mati’ ketika mahu membuat laporan polis ekoran kehilangan MyKad, Januari lalu.

Pelbagai usaha dilakukannya termasuk membuat laporan polis dan memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk penyelesaian segera.

“Saya sudah melaporkan perkara ini di JPN di Setia Tropika pada 2 Jun lalu, namun, sehingga kini masih belum menerima sebarang maklum balas.

“Sejak itu, sudah beberapa kali saya pergi ke JPN, ada mereka suruh datang dua minggu lagi, tetapi, apabila datang, macam-macam alasan diberi, namun, masalah tetap tidak selesai walaupun surat rasmi telah dibuat,” katanya dalam sidang akhbar di Setia Tropika, di sini hari ini.

Choo Choon mengakui menghadapi banyak masalah sejak itu apatah lagi dengan maklumat pengenalan dirinya direkodkan sebagai sudah meninggal dunia.


“Lesen memandu saya bakal tamat tempoh pada bulan depan, pasti sukar untuk saya memperbaharuinya. Ini secara langsung akan menyukarkan saya untuk terus pergi bekerja sekiranya tidak mempunyai lesen.

“Saya juga amat bimbang sekiranya pihak bank menutup akaun bank kerana status tersebut sehingga menyebabkan saya tidak dapat mengeluarkan wang yang disimpan,” ujarnya.

Justeru, dia berharap pihak berkuasa khususnya JPN dapat memperbetulkan status dirinya daripada sudah meninggal dunia kepada masih hidup bagi membolehkannya meneruskan kehidupan.

“Saya mohon jasa baik pihak JPN untuk mengaktifkan semula kad pengenalan saya, saya sudah berusia dan kurang sihat, penat sekiranya saya masih perlu turun naik ke bangunan JPN untuk menguruskan hal ini,” jelasnya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori