• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Kuala Selangor Serah Senarai, Tengku Zafrul Tercalon?

oleh Mohd Arshad
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
UMNO Kuala Selangor Serah Senarai, Tengku Zafrul Tercalon?
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR : Nama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mungkin tersenarai dalam beberapa calon yang dicadangkan untuk bertanding di bawah Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Jangkaan tersebut adalah selepas Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor, Datuk Jahaya Ibrahim mendedahkan senarai calon bagi Parlimen dan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah diserahkan kepada pimpinan parti untuk diputuskan.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan kesemua senarai yang akan bertanding bagi Parlimen Kuala Selangor dan tiga DUN iaitu Jeram, Bukit Malawati dan Ijok.

Namun menurutnya, calon tempatan diutamakan di kawasan sub-bandar itu bagi memastikan BN dapat merampas kembali kesemua kerusi dan mengukuhkan matlamat menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Selangor.

“Kesemuanya individu itu adalah berbeza mengikut kerusi dan kita mengutamakan calon anak tempatan. Kita juga akan terus memperkukuhkan BN menerusi kerjasama MIC dan MCA untuk menang 4-0 kali ini.

“Fokus utama kini mahu memastikan lebih 15,000 ahli UMNO kekal berstatus pengundi putih menjelang PRU15. Amat penting bagi memastikan kemenangan kerusi Parlimen dan tiga DUN yang kita tewas sebelum ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Serentak UMNO Kuala Selangor di sini malam tadi.

Selain itu, jika nama Tengku Zafrul tersenarai, perkara itu juga menandakan tamat persengketaan antara beliau dengan Jahaya yang sebelum ini dilaporkan menolak kehadiran Ahli Dewan Negara tersebut di Kuala Selangor.

“Kami berdua baik-baik saja. Kami sudah bekerjasama sejak sambutan Aidiladha lalu dan kini tiada masalah atau sebarang isu. Kalau bergaduh, tiada gunanya kerana kami dua-dua akan kalah,” jelasnya.

Julai lalu, UMNO Kuala Selangor dilaporkan bersedia menerima Tengku Zafrul bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan Parlimen itu jika diberi restu oleh pucuk pimpinan parti tersebut.

-Utusan Online

Tags: tengku zafrulUMNOUMNO Kuala Selangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

Tengku Zafrul Akui Kenaikan Gaji Minimum Boleh Jejas Perniagaan ‘Cukup-Cukup Makan’

Tengku Zafrul Akui Kenaikan Gaji Minimum Boleh Jejas Perniagaan ‘Cukup-Cukup Makan’

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengakui kenaikan gaji minimum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd