• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teruskan Misi Tok Mat!

oleh AK-47
14/08/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
TOBTAB Tidak Kemas Kini Nama Syarikat Agensi Pelancongan
Share on FacebookShare on Twitter

Kelmarin Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berada di Kelantan bertemu semua kepimpinan UMNO-BN negeri itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Keesokannya beliau berjumpa dan memberikan semangat kepada semua pimpinan bahagian, ketua PDM dan ketua-ketua Jalinan Rakyat Wanita dari seluruh Kelantan.

Beberapa hari sebelum itu beliau yang lebih mesra dengan panggilan Tok Mat bertemu dengan pimpinan dan ahli BN Selangor di Bangunan UMNO Selangor.

Sebelum-sebelum ini pun ramai mengetahui bahawa Tok Mat kini dalam misi ke seluruh negara untuk memantau dan memeriksa persiapan jentera BN.

Beliau lakukan itu pada waktu pembangkang sedang berusaha gigih menyerang BN menggunakan pelbagai isu termasuk isu kapal perang LCS.

Tok Mat tetap tenang dan terus turun padang bertemu pemimpin dan penyokong akar umbi BN memberi kata-kata semangat untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)

Sebagai Pengarah Pilihanraya BN, Tok Mat tetap teguh menjalankan misinya untuk mempersiapkan dan memperkemaskan jentera BN.

“Biar berdentum guruh di langit, takkan hancur bumi sebelum kiamat, biar pelbagai ujian yang cuba menyepit, tetap perjuangannya takkan tamat”

Seperti kata Tok Mat nak menang buat cara nak menang, maka sudah pasti apa yang sedang dilakukan oleh beliau antara cara untuk BN menang.

Semangat para pendokong BN perlu terus mantap. Perlu disusun dan diasah setajam mungkin sebelum tiba ke medan pertempuran.

Jentera yang lemah, tidak tersusun dan belum cukup bersedia bukan suatu pilihan untuk menang PRU-15. Kemuafakatan perlu diperkasa.

Segala hiruk pikuk sedikit sebanyak dialami BN perlu dirungkai sepantas mungkin. Kerapuhan jentera BN amat dialu-alukan oleh musuh politik.

Tok Mat antara individu paling diyakini untuk melaksanakan misi itu. Kemampuannya berhujah dan penyampaiannya amat meyakinkan.

Ini tokoh BN yang perlu diakui pandangannya oleh pendokong BN kerana beliau telah membuktikannya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

Justeru pendokong BN fahamilah apa yang dinasihatkan oleh Tok Mat. Usah diragui kerana beliau adalah “strategist” yang telah terbukti berkesan.

Jadi teruskan misi Tok Mat!

-Mynewshub

Tags: BNMISITok Mat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Adakah Kerana Terlalu Angkuh Untuk Mengakui Sumbangan BN? – Jie Sen

Adakah Kerana Terlalu Angkuh Untuk Mengakui Sumbangan BN? – Jie Sen

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda MCA Selangor, Tan Jie Sen menggesa Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook supaya memberi tumpuan...

Menteri BN Paling Perform Dalam Kerajaan Perpaduan

Menteri BN Paling Perform Dalam Kerajaan Perpaduan

13/04/2026
0

TERFIKIR sesuatu bila melihat keadaan negara sekarang. Tapi kena tanggalkan ‘kaca mata politik’ dulu, barulah nampak jelas siapa buat kerja,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd