Sample Page Title

Seremban : Tiga premis di sini, dan Port Dickson, diserbu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) selepas didakwa mencuri air melalui penyambungan saluran tidak sah, kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat, Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), Norzita Ismail berkata, serbuan diketuai pegawai bahagian penguat kuasa SPAN, Shariff Abd Rahman dan beberapa kakitangan SAINS.

“Operasi dimulakan 10 pagi dengan premis pertama membabitkan stor simpanan lori yang didapati penghuni premis terbabit melakukan penyambungan tidak sah menggunakan paip getah bersaiz 32 milimeter (mm) tanpa melalui sebarang meter untuk kegunaan harian pekerja premis.

“Premis kedua yang diserbu membabitkan sebuah banglo yang sedang dalam proses ubah suai yang didapati melakukan penyambungan tidak sah menggunakan paip getah bersaiz 19 mm.

“Manakala premis ketiga pula sebuah bengkel membaiki kenderaan di mana penghuni premis didapati membuat sambungan menggunakan paip mudah lentur bersaiz 15mm tanpa meter,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 123 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

Menurutnya, bagi kes serbuan pertama sekiranya disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda sebanyak RM100,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya, bagi kes kedua dan ketiga disiasat di bawah Seksyen 89(9) akta yang sama dengan tertuduh boleh dikenakan hukuman denda sebanyak RM50,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali, sekiranya disabitkan kesalahan.

“Pegawai penguat kuasa SAINS turut menjalankan ujian klorin di ketiga-tiga lokasi dan terbukti bekalan air yang digunakan adalah air terawat milik SAINS,” katanya.

-Harian Metro

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...

Dua Individu Rompak Wanita Indonesia Ditahan

Subang Jaya : Polis menahan dua individu termasuk seorang wanita warga Indonesia yang dipercayai...

Ketetapan PRU15 Tahun Ini Untuk Kepentingan Rakyat – Ahmad Zahid

PETALING JAYA : Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO berhubung pembubaran Parlimen dalam masa terdekat...

PAS Arah Jentera Parti Sedia Hadapi PRU-15

PAS mengarahkan seluruh Jentera Pilihan Raya Parti di semua peringkat bersiap sedia untuk menghadapi...

Ketua UMNO Alor Setar Sahkan Beliau, Tajuddin Digantung Keahlian Parti

ALOR SETAR : Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail beliau digantung...

Mesyuarat MKT UMNO Terima Peletakan Jawatan Zulhasnan Rafique

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada malam Jumaat memaklumkan bahawa...