• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saksi Bayar RM19 Juta Supaya Siasatan Guan Eng Ditutup

oleh Mohd Arshad
05/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Saksi Bayar RM19 Juta Supaya Siasatan Guan Eng Ditutup
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Seorang ahli perniagaan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini, beliau sanggup membayar RM19 juta kepada seorang `kaki tipu’ agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup siasatan kes rasuah berkaitan projek terowong terhadap Lim Guan Eng.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli, 62, berkata, wang itu diberikan kepada seorang ahli perniagaan, G. Gnanaraja kononnya untuk merasuah Datuk Seri Najib Tun Razak agar siasatan tidak diteruskan.

Beliau yang juga saksi utama pendakwaan memberitahu, wang sebanyak itu diserahkan dalam usaha melindungi Guan Eng yang ketika itu disiasat SPRM kerana bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu banyak berjasa kepadanya.

Saksi pendakwaan ke-23 itu berkata, beliau sanggup melakukan apa sahaja sehingga ke tahap membayar sejumlah wang yang disangkanya untuk Najib selaku Perdana Menteri agar siasatan terhadap Guan Eng ditutup.

Pada pemeriksaan balas yang dikendalikan oleh peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Guan Eng, Zarul Ahmad turut dicadangkan bahawa tindakannya itu bukan untuk melindungi Guan Eng, sebaliknya untuk melindungi dirinya.

Bagaimanapun, Zarul Ahmad yang ketika itu Pengarah Consortium Zenith Beijing Urban Construction Group Sdn. Bhd. (CZBUCG) menafikan cadangan tersebut.

Terdahulu, Gobind merujuk kenyataan Zarul Ahmad pada sidang media pada 2 Julai 2018 berhubung pendedahan beliau menerima ancaman daripada orang tengah dan `kaki tipu’ yang mahukan wang perlindungan selepas mendakwa mereka mempunyai hubungan rapat dengan kepimpinan Barisan Nasional (BN).

Dalam keterangannya semalam, Zarul Ahmad mengaku beliau menipu pada sidang media itu dengan mengatakan tiada elemen rasuah berhubung projek terowong di Pulau Pinang selepas disuruh oleh Guan Eng agar tidak mengaitkan beliau dalam kes rasuah.

Menjawab soalan balas Gobind, Zarul Ahmad berkata, ketika itu beliau tidak mengetahui Gnanaraja seorang `kaki tipu’ sebaliknya diperkenalkan oleh seorang rakan yang dipercayainya.

Ujar saksi pendakwaan ke-23, beliau hanya mengetahui Gnanaraja rapat dengan Najib yang ketika itu Perdana Menteri.

Menurut Zarul Ahmad, dalam perbualan telefon melalui aplikasi WhatsApp dengan Gnanaraja, ahli perniagaan itu pada satu ketika pernah meminta wang rasuah tersebut ditambah kerana ia bukan untuk sebarangan orang, sebaliknya untuk Najib.

Saksi turut mengaku beliau kemudian berunding dengan Gnanaraja agar wang itu dikurangkan.

Pada peringkat itu, Gobind membuat permohonan lisan agar butiran perbualan melalui WhatsApp melibatkan kedua-duanya dalam tempoh di antara Julai 2017 dan Januari 2018, dikemukakan kepada mahkamah.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung Isnin ini.

Mahkamah sedang mendengar perbicaraan terhadap Guan Eng atas pertuduhan pindaan menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang RM3.3 juta sebagai tindakan membantu syarikat milik Zarul Ahmad dilantik melaksanakan projek terowong dasar laut dan jalan utama di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di antara bulan Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, KOMTAR.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Selain itu, beliau didakwa terhadap tuduhan pindaan meminta suapan iaitu balasan berharga berupa 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh Zarul Ahmad sebagai upah membantu syarikat miliknya dilantik melaksanakan projek itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di antara pukul 12.30 pagi dan 2 pagi, pada bulan Mac 2011 berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini.

Ahli Parlimen Bagan itu turut didakwa atas dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di sana.

-Utusan Online

Tags: BayarLim Guan EngsaksisiasatSiasatan Guan Eng
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

4,413 Kes Baru, 8 Kematian Covid-19

Next Post

Libas Pedang, Kapak Dalam 2 Kejadian

Related Posts

Polis Siasat Lelaki Warga Asing Parah Di Parkir HKL

Polis Siasat Lelaki Warga Asing Parah Di Parkir HKL

02/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis menyiasat kejadian seorang warga asing ditemui parah pada kepala dan badan di kawasan parkir bertingkat di Hospital...

Kes Nahas Pelajar UPSI: 18 Saksi Sudah Beri Keterangan, Video Tular Dianalisis Forensik Bukit Aman

Kes Nahas Pelajar UPSI: 18 Saksi Sudah Beri Keterangan, Video Tular Dianalisis Forensik Bukit Aman

11/06/2025
0

IPOH: Polis sudah merekodkan kenyataan 18 individu bagi membantu siasatan nahas ngeri di Kilometer 53 Jalan Raya Timur Barat (JRTB)...

Next Post
Libas Pedang, Kapak Dalam 2 Kejadian

Libas Pedang, Kapak Dalam 2 Kejadian

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd