• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RUU Larangan Tukar Parti Tidak Terpakai Kepada Ahli Dewan Negara – PM

oleh AK-47
09/08/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
RUU Larangan Tukar Parti Tidak Terpakai Kepada Ahli Dewan Negara – PM
Share on FacebookShare on Twitter

Peruntukan larangan bertukar parti melalui Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 tidak terpakai kepada Ahli Dewan Negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri ketika membentangkan rang undang-undang itu di Dewan Negara hari ini berkata perkara itu dipersetujui oleh Jawatankuasa Pilihan Khas setelah mempertimbangkan beberapa pandangan.

“Ini kerana Ahli Dewan Negara dibahagikan kepada dua kategori iaitu Ahli Dewan Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan Ahli Dewan Negara yang dipilih oleh negeri berdasarkan keahlian sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang mewakili parti politik masing-masing.

“Oleh yang demikian, peruntukan larangan bertukar parti pada peringkat ini tidak terpakai ke atas Ahli Dewan Negara mengambil kira beberapa aspek penting isu perundangan ini di peringkat negeri selain memerlukan perundingan dan perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong untuk Ahli Dewan Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

“Ahli Dewan Negara dan semua pihak yang berkepentingan sewajarnya diperjelaskan melalui sesi libat urus terlebih dahulu sebelum pindaan Perlembagaan berkaitan pindah parti yang melibatkan Ahli Dewan Negara. Jadi kita akan bincang dengan Ahli Dewan Negara,” katanya.

Perdana Menteri sekali lagi mengulangi komitmen bahawa penggubalan rang undang-undang itu bertujuan memastikan kestabilan politik dan mengelakkan negara terus berdepan dengan krisis politik yang tiada berkesudahan.

Beliau yakin pindaan rang undang-undang itu juga mampu menghentikan tindakan mana-mana pihak yang dipilih dan dilantik daripada bertukar parti tanpa sebab kukuh atau alasan munasabah sekali gus memastikan kestabilan politik negara untuk suatu jangka masa panjang.

“Besarlah harapan saya agar rang undang-undang ini dapat disokong dan diluluskan sebulat suara oleh Ahli-Ahli Dewan Negara dengan berteraskan semangat Keluarga Malaysia.

“Rang Undang-Undang ini merupakan satu sejarah besar negara kerana ia dihasilkan melalui perundingan dan perbincangan di antara kedua-dua belah pihak iaitu kerajaan dan pembangkang,” katanya.

Pada 28 Julai lepas, Dewan Rakyat meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti atau lebih sinonim dengan istilah “lompat parti” dengan mendapat sokongan lebih dua pertiga ahli dewan.

-Malaysia Kini

Tags: Ahli Dewan NegarapmRUU Larangan Tukar Parti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Perlukan PMX Anwar Terus Tadbir Negara – Mohamad Sabu

Rakyat Perlukan PMX Anwar Terus Tadbir Negara – Mohamad Sabu

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia memerlukan kepimpinan yang tenang, stabil dan jelas hala tuju dalam menghadapi dunia yang semakin penuh dengan...

Naib Pengerusi DAP Johor Sheikh Umar Dilantik Sebagai Ahli Dewan Negara, Detik Penting Buat DAP – Teo Nie Ching

Naib Pengerusi DAP Johor Sheikh Umar Dilantik Sebagai Ahli Dewan Negara, Detik Penting Buat DAP – Teo Nie Ching

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang juga Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar antara enam individu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd