• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Perempuan Ditahan Lakukan Aksi Berbahaya

oleh AK-47
28/08/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Remaja Perempuan Ditahan Lakukan Aksi Berbahaya
Share on FacebookShare on Twitter

Sik : Baru memiliki lesen L namun seorang remaja perempuan sudah berani melakukan aksi berbahaya menunggang motosikal sambil membonceng motosikal rakan lelakinya sebelum ditahan polis, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Malah, penunggang remaja berusia 19 tahun itu turut menunggang motosikal itu dengan memasuki laluan bertentangan serta ditunggang dengan laju sejauh kira-kira 14 kilometer sebelum ditahan di Jalan Merbau Kurung, dekat sini pada 6 petang.

Remaja perempuan itu dipercayai baru berkenalan sebulan lalu dengan pasangannya yang berusia 16 tahun dan kedua-duanya berasal dari Kulim.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, sepasukan pegawai dan anggotanya dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik yang diketuai Inspektor Mohamad Yusri Ahmad Adlan yang ketika itu melakukan operasi Op Samseng Jalanan ternampak motosikal yang ditunggangi dua remaja itu dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, perbuatan berbahaya yang mereka lakukan dengan membuat aksi zig zag dan masuk ke laluan bertentangan dengan ditunggang secara laju boleh mengundang bahaya pada diri mereka serta kenderaan lain.

“Pegawai dan anggota BSPT kemudian mengekori motosikal itu dan akhirnya berjaya menahan mereka yang berhenti di Jalan Kampung Sik Dalam untuk pemeriksaan lanjut.

“Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik Sik untuk tindakan lanjut bersama motosikal berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdull Razak berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam pada itu, beliau berkata, dalam operasi di Merbau Kudung dan Beris Jaya, di sini, pihaknya melakukan pemeriksaan terhadap 100 individu .

Katanya, 77 saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan serta empat motosikal disita.

-Harian Metro

Tags: aksi berbahayaRemaja PerempuanTahan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

15 Juta Pekerja Kecewa Pelaksanaan Akta Kerja 1995 Ditangguh

Next Post

Polis Australia Rampas Syabu Hampir RM5 Bilion

Related Posts

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

18/05/2025
0

MAKKAH - Peronda keselamatan di Makkah telah menahan tiga pemastautin Indonesia kerana disyaki mendalangi satu skim penipuan di media sosial...

Gara-Gara Gagal Dapat Bilik, 3 Warga Asing Ditahan Cetus Pergaduhan

Gara-Gara Gagal Dapat Bilik, 3 Warga Asing Ditahan Cetus Pergaduhan

22/04/2025
0

BENTONG – Dua lelaki dan seorang wanita warga asing ditahan susulan insiden pergaduhan yang berlaku di dalam sebuah kasino di...

Next Post
Polis Australia Rampas Syabu Hampir RM5 Bilion

Polis Australia Rampas Syabu Hampir RM5 Bilion

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd