• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 11 Pekerja Asing Disyaki Merusuh Bersenjata

oleh Mohd Arshad
03/08/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Polis Tahan 11 Pekerja Asing Disyaki Merusuh Bersenjata
Share on FacebookShare on Twitter

KULAI : Polis telah menahan seramai 11 suspek yang dipercayai terlibat dengan insiden rusuhan menggunakan senjata di depan sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Senai Fasa 3 yang dilaporkan berlaku pada 27 Julai lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow memberitahu, kesemua suspek yang berusia 22 hingga 33 tahun itu ditahan pada 29 Julai lalu.

Menurut beliau, kesemua suspek kini dikenakan reman selama tujuh hari bermula tarikh tangkapan sehingga 4 Ogos.

“Polis menerima aduan awam memaklumkan terdapat pergaduhan melibatkan sekumpulan warga asing dengan salah seorang daripada mereka mengalami kecederaan akibat ditikam di bahagian belakang badan.

“Serbuan kemudian dijalankan bermula pukul 12.05 tengah malam sehingga pukul 2 pagi dan berjaya menahan seramai 11 suspek di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dipercayai terlibat dengan insiden berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Terdahulu, tular satu video berdurasi satu minit 26 saat memaparkan sekumpulan individu lelaki bergaduh dengan seorang daripada mengalami kecederaan di bahagian belakang badan.

Tambah Beng Yeow, polis turut merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam insiden berkenaan.

“Mangsa iaitu seorang lelaki warga asing berusia 27 tahun kini dalam keadaan stabil dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah.

“Mana-mana saksi yang melihat rusuhan berkenaan diminta untuk tampil memberi kerjasama dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nik Mohamad Nazirul Azri di talian 017-7078577,” ujarnya.

-Kosmo Online

Tags: pekerja asingpolisRusuhan BersenjataTahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Aktivis dakwah, Firdaus Wong Wai Hung mengemukakan beberapa persoalan kritikal berhubung penganjuran acara Rain Rave 2026 yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd