• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Australia Rampas Syabu Hampir RM5 Bilion

oleh Mohd Arshad
28/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Polis Australia Rampas Syabu Hampir RM5 Bilion
Share on FacebookShare on Twitter

SYDNEY – Pihak berkuasa Australia merampas sejumlah dua tan dadah jenis methamphetamine atau syabu bernilai sekitar AS$1.1 bilion (RM4.9 bilion), lapor stesen penyiaran NBC News kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dadah tersebut disembunyikan dalam jubin marmar yang dihantar dari Asia Barat menuju ke Sydney dalam rampasan syabu yang disifatkan polis sebagai terbesar pernah direkodkan di Australia.

Polis telah menahan tiga lelaki susulan penemuan dadah berkenaan seberat 747 kilogram awal bulan ini yang disembunyikan di dalam 24 buah kontena semasa tiba di Pelabuhan Botany Sydney.

Sebahagian lagi syabu dengan berat 1,060 kg pula ditemui dalam 19 kontena yang tiba di pelabuhan sama minggu lalu.

Kesemua syabu itu disembunyikan menggunakan kaedah sama dengan keseluruhan dadah itu dihantar dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Polis menganggarkan kesemua dadah itu bernilai sekitar AS$1.1 bilion di pasaran gelap. Ia mencerminkan harga lebih tinggi yang dibayar oleh warga Australia untuk mendapatkan bekalan syabu berbanding pengguna di kebanyakan negara lain.

Ketua Detektif Polis, Supritendan John Watson menggambarkan kuantiti syabu yang dirampas sebagai mengejutkan.

“Rampasan ini akan memberi kesan untuk tempoh beberapa minggu akan datang yang menyaksikan banyak pembekal peringkat tinggi, pertengahan dan rendah terputus bekalan syabu,” kata Watson.

Tiada tangkapan lanjut dibuat sejak rampasan pada minggu lalu itu. Pasukan penyiasat kini mengalihkan perhatian mereka untuk mengenal pasti pembekal dari luar negara.

“Rantau Asia Barat menjadi tumpuan utama kami. Namun, saya pastinya tidak akan mengehadkan siasatan kami kepada kawasan tersebut sahaja,” tegas Watson.

Ketiga-tiga lelaki yang sudah ditahan masing-masing berumur 24, 26 dan 34 tahun.

Mereka berdepan hukuman penjara seumur hidup jika disabitkan kesalahan mengedar dadah. Ketiga-tiga suspek telah dihadapkan ke mahkamah, manakala permohonan ikat jamin mereka ditolak.

Rekod rampasan syabu di Australia iialah 1.8 tan dengan dadah berkenaan disembunyikan di dalam pembesar suara dan dihantar ke Melbourne dari Bangkok pada April 2019.

-Kosmo Online

Tags: AustraliaPolis AustraliarampasSyabu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Remaja Perempuan Ditahan Lakukan Aksi Berbahaya

Next Post

Roti Gardenia Naik Harga Lagi

Related Posts

Polis Gagalkan Cubaan Seludup Syabu RM1.06 Bilion Ke Australia

Polis Gagalkan Cubaan Seludup Syabu RM1.06 Bilion Ke Australia

21/03/2025
0

PELABUHAN KLANG: Polis menggagalkan cubaan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas merampas 33,200 kilogram (kg) dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM1.062...

PGA Rampas RM4.57 Juta Makanan Sejuk Beku, 16 Individu Ditahan

PGA Rampas RM4.57 Juta Makanan Sejuk Beku, 16 Individu Ditahan

09/03/2025
1

Kota Kinabalu: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah merampas pelbagai jenis makanan sejuk beku tanpa dokumen sah dan menahan 16...

Next Post
Roti Gardenia Naik Harga Lagi

Roti Gardenia Naik Harga Lagi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd