• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penubuhan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis Sia-Sia, Bertindan – TI-M

oleh Mohd Arshad
07/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Penubuhan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis Sia-Sia, Bertindan – TI-M
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Transparency International Malaysia (TI-M) tidak bersetuju dengan penubuhan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang dilihat sebagai bertindan dan mengekang kebebasan dan reformasi pasukan keselamatan berkenaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kenyataannya hari ini, TI-M menjelaskan, pihaknya kecewa dengan pendekatan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kabinet dan kerajaan kerana membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) IPCC di Parlimen.

Tegas TI-M, penubuhan IPCC hanya akan menjadi pendua atau bertindan dengan tujuan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) serta Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Ketika Yang Dipertua Dewan Rakyat enggan membahaskan isu kedaulatan, rampasan aset negara, kedudukan Tahap 3 (Tier 3) Malaysia dalam laporan Pemerdagangan Manusia Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) dan isu keselamatan makanan, kerajaan memperkenalkan RUU yang dikritik ramai.

“Dengan kos sara hidup yang meningkat dan menteri Kabinet terlampau ramai, adakah pembiayaan sebuah lagi agensi kerajaan yang tidak berfungsi untuk meningkatkan integriti polis atau mewujudkan reformasi, menjadi satu keperluan,” kata badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

TI adalah badan bebas antarabangsa berpangkalan di Berlin, Jerman yang ditubuhkan untuk memerangi gejala rasuah dan mempunyai cawangan di seluruh dunia.

Selain itu, tegas TI-M, tindakan meletakkan IPCC di bawah KDN dan membenarkan anggota PDRM yang sudah dan sedang berkhidmat dilantik suruhanjaya terbabit, menimbulkan persoalan mengenai ‘kebebasan’ dalam nama suruhanjaya yang dicadangkan.

Menurut kenyataan itu, isu-isu yang dihadapi PDRM sudah pun dikaji, didokumentasi dan penyelesaian yang jelas dicadangkan sejak 2004 dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai reformasi polis.

“Bagaimanapun, TI-M amat kecewa kerana selepas berlarutan selama hampir dua dekad dan meskipun terdapat pelbagai cadangan mengenai pembaharuan, kerajaan memilih untuk mencadangkan satu lagi agensi,” kata TI-M lagi.

Tegas NGO berkenaan, IPCC diletakkan di bawah perdana menteri dan KDN, tanpa niat untuk menghukum salah laku atau menamatkan pelepasan hukuman terhadap pihak berkuasa.

“Keengganan berterusan untuk menerima realiti dan memastikan akauntabiliti adalah persepsi yang dimiliki orang di dalam dan luar negara terhadap kerajaan dan institusinya,” katanya.

Pada 26 Julai lalu, selepas bacaan ketiga oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan dibahas 18 Ahli Parlimen, Dewan Rakyat meluluskan RUU IPCC 2020 yang bertanggungjawab melaksanakan siasatan berhubung aduan tatakelakuan anggota PDRM.

Hamzah pada sesi penggulungan perbahasan RUU itu berkata, pihaknya mengadakan libat urus dengan 1,059 orang berhubung IPCC dan sesi taklimat dengan pimpinan tertinggi PDRM, persatuan bekas polis, wakil KDN serta pelbagai lagi, selain bersama Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH).

Katanya lagi, penubuhan IPCC akan mempertingkatkan integriti pasukan polis, mengurangkan salah laku dalam kalangan anggota polis dan meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap pasukan keselamatan itu.

RUU IPCC itu memberi fokus kepada penubuhan suatu badan untuk melaksanakan siasatan manakala tindakan dan hukuman tatatertib masih dikekalkan dengan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) mengikut peruntukan sedia ada di dalam Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan.

Ia digubal selepas dibuat perbandingan dengan Independent Office for Police Conduct (United Kingdom) dan Independent Police Complaints Council (Hong Kong), yang mana negara itu mempunyai badan pemantau bebas.

Keanggotaan IPCC terbuka kepada semua individu, termasuk penjawat awam dan pesara polis, yang dipilih berdasarkan kelayakan pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan apa-apa perkara lain yang akan ditentukan kemudian.

Bagi membolehkan siasatan IPCC dijalankan secara inklusif dan komprehensif, wakil Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) boleh dijemput untuk bekerjasama dengan pasukan siasatan IPCC, terutamanya bagi kes kematian dalam tahanan.

RUU itu juga memperuntukkan supaya semua kes kecederaan serius, kematian dan jenayah seksual terhadap orang dalam tahanan atau jagaan polis, dilaporkan kepada IPCC untuk tindakan lanjut.

Ia sekali gus memastikan siasatan jenayah yang telus dapat dijalankan oleh polis, meningkatkan integriti pasukan, menghapuskan persepsi negatif orang awam dan mengelakkan penyiasatan berat sebelah bagi menutup kesalahan polis.

-Berita Harian

Tags: Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan PolisTI-M
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TI-M Minta Hadi Dipertanggungjawabkan Kait Rasuah Dengan Bangsa

TI-M Minta Hadi Dipertanggungjawabkan Kait Rasuah Dengan Bangsa

22/08/2022
0

Pesiden PAS, Abdul Hadi Awang, perlu dipertanggungjawabkan atas kenyataannya mengaitkan faktor bangsa dan agama dengan amalan rasuah, kata pertubuhan pemantau...

SPRM Teliti Cadangan TI-M Tingkat Skor CPI

29/01/2021
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneliti dan mengkaji cadangan dikemukakan Transparensi Antarabangsa Malaysia (TI-M) dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd