• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TI-M Minta Hadi Dipertanggungjawabkan Kait Rasuah Dengan Bangsa

oleh AK-47
22/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
TI-M Minta Hadi Dipertanggungjawabkan Kait Rasuah Dengan Bangsa
Share on FacebookShare on Twitter

Pesiden PAS, Abdul Hadi Awang, perlu dipertanggungjawabkan atas kenyataannya mengaitkan faktor bangsa dan agama dengan amalan rasuah, kata pertubuhan pemantau antarabangsa Transparency International Malaysia (TI-M).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presidennya Muhammad Mohan berkata kenyataan Abdul Hadi yang mendakwa sebahagian besar pelaku rasuah di Malaysia adalah orang bukan Islam dan bukan bumiputera bukan saja bersifat rasis malah berpotensi menjadi hasutan.

“Pihak yang membuat kenyataan sedemikian mesti dipertanggungjawabkan oleh penguat kuasa undang- undang dan agensi kawal selia di negara ini seperti Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia,” katanya hari ini.

Kelmarin Abdul Hadi mendakwa kebanyakan pelaku rasuah di negara ini membabitkan golongan bukan Islam dan bukan bumiputera, dan mengaitkan kenyataan itu dengan kerosakan politik serta ekonomi negara.

“Selamatkan negara daripada pengkhianat dan penipu, maka akan sejahteralah Malaysia dan seluruh rakyatnya,” tulis ahli parlimen Marang itu di media sosialnya.

Muhammad Mohan berkata ketika negara ini berada dalam sambutan bulan patriotik, orang ramai sepatutnya memperingati bebasnya negara daripada penjajahan.

Namun katanya amat sedih dan memalukan apabila Abdul Hadi boleh memberikan kenyataan tidak berasas serta bersifat provokatif berkenaan rasuah.

Katanya lagi TI-M juga sangat terkejut dan malu dengan kenyataan dibuat Abdul Hadi.

“Kami ingin mengetahui sumber dan data di sebalik dakwaan berkenaan.

“Mereka berpandangan sempit dan rabun tentang rasuah selain menimbulkan perasaan yang bercanggah dengan konsep Keluarga Malaysia dibawa perdana menteri,” katanya.

Menurut Muhammad Mohan, TI-M menyeru rakyat Malaysia termasuk kalangan wakil rakyat yang diangkat oleh pengundi agar mengamalkan pendekatan berasaskan bukti bagi memahami serta memerangi rasuah.

“Elakkan memberi kenyataan yang tangkap muat kerana rasuah itu buta warna dan memberi kesan buruk kepada kita semua,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: Abdul Hadi AwangBangsarasuahTI-M
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kami Pula Yang Dituduh Tidak Perjuangkan Agama – Akmal 

Kami Pula Yang Dituduh Tidak Perjuangkan Agama – Akmal 

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pelbagai usaha dilakukan UMNO sejak dulu bagi memperkukuh pendidikan berteraskan Islam di negara ini, tetapi...

Iran Satu-satunya Negara Berani Hadapi Zionis – Abdul Hadi 

Iran Satu-satunya Negara Berani Hadapi Zionis – Abdul Hadi 

07/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan Iran sebagai satu-satunya negara yang benar-benar membuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd