• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Pembubaran Parlimen Tak Dibincang Dalam Mesyuarat MKT UMNO’

oleh AK-47
28/08/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
‘Pembubaran Parlimen Tak Dibincang Dalam Mesyuarat MKT UMNO’
Share on FacebookShare on Twitter

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang bermesyuarat malam tadi, tidak membincangkan pembubaran parlimen, kata Bung Moktar Radin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ahli Parlimen Kinabatangan itu sebaliknya berkata pembubaran parlimen dan tarikh pilihan raya umum (PRU) ke-15 adalah hak Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

“Hari ini kita bincang isu parti untuk fokus pilihan raya dan menstabilkan ekonomi negara.

“Pilihan raya kita tidak bincangkan. Kita bincang memperkuatkan parti. Parti kuat, calon kita menang.

“PM turut hadir dalam mesyuarat MKT hari ini bagi membantu memperkukuhkan Umno.

“Berkenaan pembubaran Parlimen dan tarikh PRU-15 adalah hak PM,” katanya kepada pemberita di lobi Pejabat Umno, Menara Dato Onn, Kuala Lumpur, semalam.

Sebelum ini, terdapat desas-desus bahawa mesyuarat Umno itu akan memberi tumpuan kepada isu pembubaran parlimen dan seterusnya tarikh PRU15.

Ia susulan pengumuman bahawa Belanjawan 2023 akan dibentang pada 7 Okt ini iaitu tiga minggu lebih awal daripada yang dijadualkan sebelumnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar menafikan sebarang kaitan pertukaran tarikh baru itu dengan pilihan raya umum akan datang, yang dijangka diadakan tahun ini.

Terdahulu, dalam ucapan di taklimat khas Presiden Umno petang semalam, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menggesa supaya PRU diadakan segera.

Menurut Zahid desakan Umno supaya PRU diadakan merupakan keputusan yang dibuat oleh seluruh kepimpinan parti dan tidak diputuskan secara bersendirian olehnya untuk menyelamatkan dirinya daripada kes mahkamah.

-Malaysia Kini

Tags: Mesyuarat MKT UMNOpembubaran parlimenUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Johor Tolong Tunaikan Hasrat Kor Ming Letak Jawatan – Akmal

Rakyat Johor Tolong Tunaikan Hasrat Kor Ming Letak Jawatan – Akmal

30/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Bangsa Johor boleh membantu menunaikan hasrat Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming untuk melepaskan jawatan menteri....

Senator DAP: Politik Berasaskan Agama Membutakan Pertimbangan

Senator DAP: Politik Berasaskan Agama Membutakan Pertimbangan

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Senator DAP, RA Lingeshwaran mendakwa politik berasaskan agama membutakan pertimbangan. Beliau mempersoalkan adakah Johor mahu terus ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd