• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Tingkatan Tiga Antara 14 Ditahan Terlibat Dadah

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Pelajar Tingkatan Tiga Antara 14 Ditahan Terlibat Dadah
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Pelajar perempuan Tingkatan Tiga antara 14 individu yang ditahan selepas dipercayai terlibat dengan dadah dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Wakaf Che Yeh di sini pada Khamis.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, seramai sembilan lelaki dan lima perempuan berusia 15 hingga 32 tahun itu ditahan pada jam 1 petang.

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai 10 biji pil psikotropik, sebiji pil erimin 5 dan 48 biji pil ekstasi yang berjumlah RM450 kesemuanya.

“Hasil soal siasat, salah seorang daripada tangkapan mengaku dadah jenis pil ekstasi adalah miliknya yang diperoleh daripada seorang lelaki Thailand yang dikenali semasa berhibur di sebuah kelab di Golok,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, urusan jual beli dadah dilakukan di kelab tersebut dan usaha mengesan suspek tidak berjaya kerana berada di Golok selain merupakan warganegara Thailand.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: dadahpelajarTahan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai mendoakan dua pelajar Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd