• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai SPRM: Najib Arah Pinda Laporan Audit 1MDB Untuk Lindung Dirinya

oleh AK-47
12/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pegawai SPRM: Najib Arah Pinda Laporan Audit 1MDB Untuk Lindung Dirinya
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang pegawai SPRM hari ini berkata bekas perdana menteri Najib Razak ingin meminda laporan audit 1MDB pada 2016 atas tujuan melindungi dirinya daripada kesan undang-undang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hanif Lami berkata demikian ketika prosiding di depan hakim Mohamed Zaini Mazlan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Dia merupakan saksi pendakwaan ke-16 dalam kes pinda laporan audit 1MDB terhadap Najib dan bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

Dia berkata itu merupakan kesimpulannya berhubung sebab Najib menggunakan kedudukannya selaku bekas perdana menteri untuk mengarahkan pindaan dibuat sebelum laporan dibawa ke Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada 2016.

Katanya lagi, itu juga menjadi sebab kenapa Arul Kanda didakwa terlibat dalam meminda laporan tersebut.

“Keputusan siasatan saya mendapati perkara ini dibuat oleh tertuduh pertama dan kedua (Arul Kanda dan Najib) untuk melindungi diri mereka daripada sebarang tindakan sivil atau jenayah berkaitan operasi 1MDB,” dakwanya.

Hanif yang merupakan pegawai siasatan bagi kes tersebut berkata Arul Kanda bersubahat dengan Najib dalam pindaan laporan audit 1MDB pada 24 Februari 2016 sebelum ia dibawa ke PAC.

“Tertuduh kedua (Najib) dalam kes ini mengarahkan Shukry Mohd Salleh, ketika itu ketua setiausaha sulit kepada perdana menteri, untuk dapatkan laporan audit 1MDB dan serahkan salinan kepada tertuduh pertama (Arul Kanda), ketika itu CEO 1MDB, untuk diteliti,” dakwanya lagi.

Arah mesyuarat

Katanya lagi, Najib kemudian mengarahkan mesyuarat diadakan di pejabatnya pada 22 Februari 2016, yang turut dihadiri Ambrin Buang (ketika itu ketua audit negara) dan Ali Hamsa (ketika itu ketua setiausaha negara).

Ketika mesyuarat itu, dakwanya, Najib mengarahkan Ali untuk mengadakan mesyuarat antara Jabatan Audit Negara dan dirinya untuk membincangkan sebarang isu yang ingin dibangkitkannya dalam laporan itu, dan laporan itu tidak akan diterbitkan selagi dia tidak memberi lampu hijau.

Ia membawa kepada satu lagi mesyuarat dua hari kemudian, pada 24 Februari 2016, yang dipanggil oleh Ali dan dihadiri Arul Kanda, dakwanya lagi.

Susulan mesyuarat itu, dakwanya, pindaan dibuat terhadap empat isu dalam laporan, antaranya berhubung dua versi berbeza penyata kewangan 1MDB untuk 2014, dan isu kehadiran Low Taek Jho dalam mesyuarat lembaga 1MDB.

“Susulan mesyuarat itu laporan auditi 1MDB, yang dibentang pada PAC pada 4 dan 7 Mac 2016, dipinda ekoran arahan daripada tertuduh kedua,” katanya lagi.

Kenyataan saksi bertulis Hanif dibaca ketika pemeriksaan utama dengan timbalan pendakwa raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam.

Ketika pemeriksaan balas dengan peguam Rahmat Hazlan, saksi menafikan siasatan terhadap tertuduh dibuat secara tergesa-gesa dan tidak adil.

Rahmat bertanya berkenaan dakwaan siasatan yang pantas terhadap Najib pada 2018, di mana laporan SPRM dibuat pada 26 November, kenyataan Najib dirakam pada 6 Disember, Najib ditahan dan dibebaskan dengan ikat jamin pada 10 Disember, dan didakwa di mahkamah pada 12 Disember.

Rahmat: Ia berjalan dengan sangat pantas. Saya katakan yang Najib tidak diberi siasatan penuh dan adil.

Haniff: Tak Setuju

Perbicaraan di depan Zaini akan bersambung pada 18 Ogos, di mana pasukan pembelaan Najib dan Arul Kanda akan meneruskan pemeriksaan balas dengan Haniff.

Terdahulu, mahkamah membenarkan permohonan pendakwaan untuk menjadikan Arul Kanda sebagai saksi utama terhadap Najib.

Pasukan pembelaan Najib belum menyelesaikan pemeriksaan balas dengan Arul Kanda dan ia akan disambung dalam perbicaraan akan datang.

-Malaysia Kini

Tags: 1MDBKes Najiblaporan audit 1MDBnajibpegawai SPRMpinda
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jawatankuasa Pilihan Khas Bincang RUU Kawalan Tembakau Minggu Depan

Next Post

Lapisan Ais Terbesar Dunia Berisiko Tingkatkan Paras Air Laut

Related Posts

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post
Lapisan Ais Terbesar Dunia Berisiko Tingkatkan Paras Air Laut

Lapisan Ais Terbesar Dunia Berisiko Tingkatkan Paras Air Laut

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd