• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Tegas Tiada Kerjasama Dengan PH

oleh AK-47
30/08/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PAS Tegas Tiada Kerjasama Dengan PH
Share on FacebookShare on Twitter

PAS menegaskan parti itu tidak akan menjalinkan sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi PRU ke-15 (PRU15) termasuk cadangan mewujudkan “khemah besar”.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan, berkata PAS tetap berpegang kepada konsep penyatuan ummah dan perpaduan nasional.

Kenyataan itu dilihat bercanggah dengan pendirian Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin baru-baru yang membayangkan hasrat untuk bekerjasama dengan pembangkang.

“PAS secara tegas tidak akan mengadakan sebarang kerjasama dengan PH mahupun mana-mana parti komponennya dalam menghadapi PRU15, termasuklah cadangan konsep ‘khemah besar’,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Untuk rekod PAS memeterai piagam Muafakat Nasional (PN) dengan Umno ketika menjadi pembangkang.

Kedua-dua parti itu menyertai Perikatan Nasional – yang ditunjangi Bersatu – selepas membentuk kerajaan pada Februari 2020 dengan Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun, presiden Bersatu itu hilang sokongan majoriti di parlimen apabila Umno menarik balik sokongan terhadapnya, menyaksikan naib presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob dipilih sebagai perdana menteri berikutnya.

Hubungan Umno-PAS kemudian menjadi semakin renggang, khususnya apabila PAS tetap mahu meneruskan kerjasama dengan Bersatu.

Sabtu lalu, Muhyiddin menggesa semua pimpinan parti pembangkang termasuk PH, mempertimbang rundingan dengan PN bagi menghadapi BN pada PRU15.

Muhyiddin menyarankan langkah itu bagi mengelakkan BN kembali berkuasa dan mengulangi amalan salah guna kuasa serta rasuah dalam pentadbiran negara.

Kata Muhyiddin, rundingan berkenaan pernah dijalankan sebelum ini, khususnya selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, namun tiada keputusan muktamad dibuat ketika itu.

Utamakan penyatuan ummah

Dalam pada itu Takiyuddin berkata, PAS yakin konsep penyatuan ummah boleh dijayakan dengan kerjasama parti-parti Melayu utama di negara ini.

“PAS tetap mengutamakan konsep Penyatuan Ummah dan perpaduan nasional dalam setiap langkah dan pendirian politiknya.

“PAS amat optimis pendekatan penyatuan ummah tersebut boleh dicapai melalui kolaborasi parti-parti utama di negara ini yang berteraskan konsep perpaduan

Melayu-Islam dan Bumiputera kerana ia adalah formula paling berkesan serta diterima oleh majoriti rakyat Malaysia,” katanya lagi.

-Malaysia Kini

Tags: kerjasamaPASPH
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Tolak ‘Johor Akan Jadi Selangor Di Tangan PH’, Bimbang Timbul Isu Ladang Babi

Netizen Tolak ‘Johor Akan Jadi Selangor Di Tangan PH’, Bimbang Timbul Isu Ladang Babi

24/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Kenyataan seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) bahawa 'Johor akan jadi Selangor Di tangan PH' menerima reaksi balas...

“DAP Anti-Melayu, Anti-Islam Naratif Lama” –  Syerleena

“DAP Anti-Melayu, Anti-Islam Naratif Lama” – Syerleena

24/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid menegaskan naratif 'DAP anti-Melayu' tidak benar. Menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd