Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Beri Kelainan Dalam Watak,...

SETIAP selebriti pasti mahu lakukan kelainan dalam setiap lakonan mereka, termasuk juga pelakon...

Pihak Keselamatan Thai Temui...

NARATHIWAT - Mayat seorang lelaki memakai pakaian seragam pasukan keselamatan ditemui dalam sebuah...

Gay, Penagih Dadah Dipantau...

PUTRAJAYA - Demi mencapai taraf negara bebas HIV/Aids menjelang 2030, Kementerian Kesihatan Malaysia...

Tawan Semenanjung Dengan Kayuhan...

JIKA sebelum ini kecoh misi sepasang suami isteri yang ingin menunaikan ibadah umrah...

MRT3 Berharga RM50.2B, Hampir RM1B Setiap KM

PARLIMEN | Dewan Rakyat hari ini diberitahu, projek Mass Rapid Transit 3 (MRT3) dianggarkan menelan belanja RM50.2 bilion secara keseluruhan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata RM8.4 bilion daripadanya membabitkan kos pengambilan tanah, manakala RM5.6 bilion lagi adalah untuk pengurusan projek.

Kos pembinaan pula, katanya, menelan belanja RM34.3 bilion.

“Namun kos sebenar akan dimuktamadkan selepas proses tender terbuka selesai,” kata Tengku Zafrul.

Senator itu berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) yang meminta pecahan kos MRT3. Fahmi yang juga ketua penerangan PKR turut bertanya sama ada kebenaran parlimen akan diminta atau sebaliknya untuk projek itu.

Soalan kedua tidak dijawab Tengku Zafrul.


Pada harga RM50.2 bilion untuk laluan sepanjang 51km, MRT3 dijangka menjadi projek rel paling mahal dalam sejarah Malaysia setakat ini jika diukur berdasarkan perbelanjaan bagi setiap kilometer.

Sebagai perbandingan, Laluan Rel Pantai Timur sepanjang 665km dianggarkan menelan belanja RM50 bilion, manakala projek MRT1 sepanjang 47km menelan belanja sekitar RM22 bilion.

MRT3 direka semasa pentadbiran Najib Razak sebagai perdana menteri tetapi tender hanya dibuat ketika zaman Ismail Sabri Yaakob. Penyerahan tender dijangka dibuat pada Ogos ini.

MRT3 mempunyai laluan bulatan yang bertujuan untuk “melengkapkan” rangkaian rel bandar Kuala Lumpur dengan menghubungkan laluan MRT, LRT, KTM dan monorel sedia ada.

Satu perlima daripada barisan akan berada di bawah tanah dan projek itu dijangka siap pada 2030.

-Malaysia Kini

  • Lagi berita berkaitan:
  • MRT3

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori