Monday, October 2, 2023

Creating liberating content

SPNB Lulus Rumah Mesra...

MUAR - Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) telah meluluskan sebanyak 47,344 permohonan bagi...

Bayi Pendarahan Luar Otak,...

SEORANG bayi lelaki berusia lapan bulan mengalami pendarahan di luar otak di sebelah kiri...

Muruku Tetap Jadi Kuih...

GEORGE TOWN – Kuih tradisional masyarakat India, muruku, bukan sahaja menjadi kudapan kegemaran...

Panglima TNI Malu Jokowi...

JAKARTA - Kesesakan trafik di ibu kota Indonesia mendapat perhatian dunia selepas presiden...

HSS Engineering Dilantik PMC Projek MRT3

PETALING JAYA : Syarikat usaha sama HSS Integrated Sdn. Bhd. (HSSI) dan HSS Engineering Sdn. Bhd. (HSSE) menerima surat lantikan daripada MRT Lingkaran Sdn. Bhd. untuk menyediakan perkhidmatan perundingan pengurusan projek (PMC) Laluan Lingkaran Transit Aliran Massa 3 (MRT3) bernilai RM997.9 juta.

Ikuti Mynewshub: Telegram

HSSI ialah syarikat bersekutu HSS Engineers Bhd. (HEB) manakala HSSE ialah anak syarikat milik penuh HEB.

Dalam makluman di Bursa Malaysia, HEB berkata, kontrak tersebut berkuat kuasa pada 4 Ogos 2022 untuk tempoh 11 tahun.

“Peranan syarikat usaha sama itu adalah untuk menguruskan penyampaian projek yang direka bentuk sepenuhnya, diperoleh, dibina dan bersepadu kepada MRT Lingkaran.

“Projek ini dijangka menyumbang secara positif kepada hasil, pendapatan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 hingga 31 Disember 2033.

“Projek ini juga tidak akan memberi sebarang kesan ke atas modal saham atau struktur pegangan saham HEB,” menurut makluman tersebut.


Kelmarin, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Zarif Hashim berkata, proses tender terbuka (MRT Corp) untuk projek MRT3 berada pada landasan yang betul dan berjalan dengan lancar.

“Pelaksanaan tender terbuka ini bertujuan untuk menarik bida yang paling kompetitif,” katanya.

Pelaksanaan Projek Laluan Bulatan MRT3 akan menyaksikan pelantikan bagi lima pakej utama terdiri daripada satu perunding pengurusan projek (PMC), tiga kontraktor utama sivil (CMC) dan siap guna kontraktor satu sistem.

MRT Corp menjangkakan kos pembinaan MRT3 berdaya saing dan setanding dengan laluan MRT Putrajaya.

-Utusan Online

Kategori

Leave a Reply