• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tolak Permohonan Zahid Dapatkan Injunksi Terhadap Muhyiddin

oleh Mohd Arshad
08/08/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Mahkamah Tolak Permohonan Zahid Dapatkan Injunksi Terhadap Muhyiddin
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan perintah injunksi interim bagi menghalang Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan bekas timbalan perdana menteri itu meminta bantuan untuk menyelesaikan atau menangguhkan perbicaraan kes jenayahnya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff membuat keputusan itu melalui prosiding dalam talian.

Peguam Shahrul Fazli Kamarulzaman yang mewakili Ahmad Zahid, ketika dihubungi media, berkata hakim menolak permohonan atas alasan isu yang dibangkitkan seperti sama ada kenyataan Muhyiddin (defendan) berunsur fitnah atau tidak mesti diputuskan dalam perbicaraan.

“Kes itu kini diteruskan untuk perbicaraan. Mahkamah menetapkan 3 Oktober untuk pengurusan kes seterusnya,” katanya.

Mahkamah juga memberikan award kos RM5,000 kepada Muhyiddin dan ini disahkan peguamnya, Rosli Dahlan.

Pada 4 April lepas, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu memohon injunksi ex-parte (sebelah pihak) supaya Muhyiddin atau wakilnya menarik balik kenyataan-kenyataan fitnah tersebut atau kenyataan fitnah serupa terhadapnya.

Ahmad Zahid juga memohon perintah injunksi interim bagi mengarahkan defendan memadam, menyunting dan menghentikan penerbitan sebahagian rakaman video majlis itu yang mengandungi kenyataan memfitnah di dalam portal-portal berita dalam talian dan sosial media antaranya di Facebook profil “Perikatan Nasional”, YouTube Astro AWANI dan KiniTV.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Ahmad Zahid, 69, berkata Muhyiddin telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan fitnah dengan niat jahat terhadapnya pada majlis Pentas Perikatan Nasional Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh, Mersing sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 di perkarangan Learning Centre Sentuhan Kasih Felda Tenggaroh 3 di Mersing pada 16 Feb lepas.

Beliau mendakwa pada hari yang sama, rakaman video mengenai kenyataan fitnah pada majlis tersebut telah diterbitkan semula secara langsung di akaun YouTube Astro AWANI yang dikendalikan oleh portal berita dalam talian popular iaitu Astro AWANI.

Ahmad Zahid mendakwa kenyataan fitnah tersebut antaranya membawa maksud bahawa beliau telah menggunakan jalan pintas untuk menyelesaikan dan menangguhkan perbicaraan kes jenayahnya yang masih berjalan, meminta pertolongan Muhyiddin untuk mencampuri urusan perbicaraan kes berkenaan, mencampuri sistem kehakiman, mengarahkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor.

Beliau berkata, ia juga membawa maksud bahawa beliau bukan pemimpin yang patut dihormati, diteladani serta disegani.

Ahmad Zahid mendakwa kenyataan-kenyataan fitnah itu adalah palsu bertujuan untuk menjatuhkan reputasi dan nama baiknya.

Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan teladan, faedah, serta perintah mengarahkan defendan menerbitkan permohonan maaf yang tidak bersyarat secara bertulis di surat khabar yang akan ditentukan oleh plaintif selain menuntut kos dan lain-lain perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

-Berita Harian

Tags: InjunksimahkamahmuhyiddinpermohonanZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

SIAPAKAH ANGGOTA PAC?

Next Post

Malaysia Akan Terima Kapal Tempur LCS Dua Tahun Lagi – Hishammuddin

Related Posts

Kes Rasuah ADUN Sabah: UMNO Beri Kepercayaan Kepada SPRM – Zahid

Kes Rasuah ADUN Sabah: UMNO Beri Kepercayaan Kepada SPRM – Zahid

24/06/2025
0

KOTA KINABALU: UMNO memberikan kepercayaan penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengendalikan kes dua Ahli Dewan Undangan Negeri...

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Next Post
Malaysia Akan Terima Kapal Tempur LCS Dua Tahun Lagi – Hishammuddin

Malaysia Akan Terima Kapal Tempur LCS Dua Tahun Lagi - Hishammuddin

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd