• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesatuan Eropah Seru Ketegangan Gaza Dihentikan

oleh AK-47
07/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kesatuan Eropah Seru Ketegangan Gaza Dihentikan
Share on FacebookShare on Twitter

BRUSSELS – Kesatuan Eropah (EU) pada Sabtu menggesa semua pihak agar mengelakkan sebarang tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan dan kematian di Semenanjung Gaza.

Ikuti Mynewshub: Telegram

“Kesatuan Eropah menyeru agar semua pihak menghentikan sebarang provokasi demi mengelakkan angka korban daripada meningkat, di Gaza dan kawasan sekitarnya,” lapor Agensi Anadolu memetik jurucakap utama perkhidmatan diplomatik blok itu, Peter Stano dalam satu kenyataan.

Blok itu “mengikuti perkembangan situasi semasa dengan penuh kebimbangan” susulan ketegangan berterusan hingga “mengakibatkan kematian orang awam termasuk seorang kanak-kanak perempuan Palestin berusia lima tahun”, menurut kenyataan itu.

Stano mengakui hak Israel untuk melindungi penduduknya tetapi memberi amaran bahawa “konflik yang lebih serius” sehingga mengakibatkan lebih banyak nyawa terkorban dan penderitaan di kedua-dua pihak harus dielakkan, menurut Agensi Anadolu.

Beliau juga mengulangi gesaan EU untuk sesi dialog “bagi memulihkan halatuju politik dan memastikan situasi yang mampan” di rantau itu.

Sekurang-kurangnya 24 rakyat Palestin terbunuh, manakala 215 lagi cedera dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza sejak Jumaat.

Serangan itu berlaku di tengah-tengah ketegangan yang meningkat di seluruh wilayah Palestin sejak Isnin, apabila tentera Israel menahan seorang pemimpin kanan Jihad Islam, Bassam al-Saadi, dalam serbuan di bandar Jenin.

-Sinar Harian

Tags: GazaKesatuan Eropah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

MB Selangor Amirudin Shari Ketuai Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza, Global Sumud Flotilla 2.0

MB Selangor Amirudin Shari Ketuai Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza, Global Sumud Flotilla 2.0

03/04/2026
0

‍SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari diamanahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewakili...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd