• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Buli Sekolah Asrama: Polis Rakam Keterangan 5 Individu

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Kes Buli Sekolah Asrama: Polis Rakam Keterangan 5 Individu
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Polis sudah merakam keterangan lima individu berhubung dakwaan kes buli pelajar di sekolah berasrama di Kuantan, Pahang, baru-baru ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada guru warden sekolah berkenaan, 8 Ogos lalu.

“Kita mengambil keterangan lima individu termasuk individu yang mendakwa dibuli, individu didakwa membuli, pentadbir sekolah serta warden asrama terbabit.

“Setakat ini, belum ada sebarang tangkapan dibuat, namun siasatan berhubung kes itu sedang dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaaan.

“Sebarang perkembangan dalam kes ini akan kita maklum,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Terdahulu, hantaran wanita yang mendakwa anaknya yang juga pelajar di sekolah terbabit menjadi mangsa buli sejak Jun lalu, tular di media sosial, hari ini.

Menurut wanita terbabit, pakaian anaknya serta beberapa pelajar lain yang diletakkan di ampaian asrama sekolah diconteng dan digunting selain mereka diugut selepas perkara itu dimaklumkan kepada pihak sekolah.

Wanita itu mendakwa tiada tindakan diambil oleh pihak pengurusan sekolah asrama berkenaan selepas aduan dibuat sebelum beliau membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

-Harian Metro

Tags: buliKes Buli Sekolah AsramapolisRakam Keterangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd