• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Akan Umum Kajian Sistem Saraan Dalam Masa Terdekat

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kerajaan Akan Umum Kajian Sistem Saraan Dalam Masa Terdekat
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Kajian terhadap Sistem Saraan Perkhidmatan Awam akan diumumkan dalam masa terdekat selepas semua perincian dimuktamadkan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata kajian itu kini dalam tindakan akhir.

“Kerajaan memutuskan agar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membuat kajian mengenai bagaimana kita mahu ‘transform’ (mengubah) perkhidmatan awam.

“Saya rasa perkara ini sudah dibentangkan beberapa kali dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet. Apabila sudah muktamad, kerajaan akan umumkan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 (MAPPA XVIII) di sini, hari ini.

Amanat disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pagi tadi.

Terdahulu, ketika berucap, Ismail Sabri berkata, Kerajaan sudah bersetuju agar JPA menyegerakan kajian terhadap Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dengan mengambil kira keseluruhan aspek modal insan merangkumi saraan dan perkhidmatan agar relevan dengan keadaan semasa serta kemampuan kewangan Kerajaan.

Sementara itu, Mohd Zuki berkata, beliau bagi pihak penjawat awam merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri atas penghargaan dan pengiktirafan terhadap sumbangan penjawat awam selama ini melalui pemberian insentif termasuk bonus dan kenaikan gaji tahunan.

“Kita berharap penjawat awam akan membuktikan pemberian kerajaan dibalas dengan memberikan perkhidmatan terbaik, terutama ketika negara dalam peringkat untuk memulihkan ekonomi selepas COVID-19 melanda negara,” katanya.

-Berita Harian

Tags: KerajaanSistem Saraan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kassim berpandangan kerajaan sepatutnya dipersoalkan kerana mencadangkan dasar berkaitan syarat 30 peratus ekuiti...

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan rasmi dan konsisten berhubung keputusan menggugurkan syarat pemilikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd