Sample Page Title

SEREMBAN : Keputusan mengenai permohonan Parti Bangsa Malaysia (PBM) untuk menyertai Barisan Nasional (BN) hanya akan diketahui selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang akan diadakan minggu hadapan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keputusan tersebut itu nanti adalah adalah hasil persetujuan bersama keempat-empat parti komponen yang membentuk BN ketika ini.

“BN ini merupakan parti yang keputusannya dibuat secara konsensus, semua pihak atau parti komponen dalam BN bersetuju, baru boleh. Tunggulah sehingga mesyuarat diadakan.

“Perbincangan akan diadakan semasa mesyuarat tersebut dan semua pihak mesti bersetuju, kalau ada satu pihak tidak bersetuju ia tidak akan boleh dilakukan,” katanya ketika ditemui pemberita di Wisma Negeri di sini hari ini.

Sebelum ini, pengganti Presiden PBM, Datuk Zuraida Kamaruddin memberitahu, pihaknya masih menantikan jawapan daripada BN berhubung permohonan PBM untuk menyertai gabungan itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sementara itu, Mohamad mengesahkan Zuraida ada datang bertemu dengannya pada awal bulan lalu bagi menyatakan hasrat PBM tersebut.

“Saya juga nyatakan bahawa BN ini bukan diputuskan oleh satu parti sahaja, ia keputusan dibuat secara konsensus. Saya telah minta beliau untuk menulis surat kepada Pengerusi BN untuk perkara ini dibawa dan dipertimbangkan dalam mesyuarat BN,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO dalam pada itu berkata, selain PBM, terdapat juga beberapa parti lain turut menyatakan hasrat untuk menyertai BN.


“Ada dari semasa ke semasa, parti-parti yang ditubuhkan menyatakan hasrat untuk menganggotai BN tetapi kebanyakannya kami minta untuk menjadi Friends of BN terlebih dahulu. Kebanyakan parti ini tiada wakil rakyat, tetapi, PBM ini lain sedikit kerana mereka mempunyai wakil rakyat.

“Pertimbangan-pertimbangan daripada pelbagai sudut mesti diperhalusi dan kami juga tidak mahu ada pihak-pihak lain rasa tidak senang hati jika kami menerima sesuatu parti masuk menjadi anggota BN. Jadi, ia akan dibahas dan dibincang dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN,” katanya.

Mohamad menambah, BN sentiasa menghargai sokongan yang diterima daripada pelbagai pihak termasuk parti yang menyatakan hasrat untuk menyertai gabungan berkenaan.

“Sokongan semua pihak amat penting, sama ada mereka mahu menjadi anggota BN ataupun tidak, itu cerita lain. Cerita sokongan itu sudah lama, seperti parti dalam Friends of BN, ada yang sudah 30 tahun menjadi anggota.

“Tidak timbul soal, kami tidak perlukan sokongan sesiapa, tetapi soalnya, menjadi anggota BN itu mesti dapat kelulusan sebulat suara, itu kadang-kadang yang menjadi kesulitan untuk BN buat keputusan kerana masing-masing parti ada kepentingannya.

“Tetapi sokongan rakan-rakan walaupun tidak menjadi ahli penuh BN, amat kami raikan. Soal sama ada mereka akan diberi peluang mewakili BN di mana-mana kerusi, itu cerita lain, itu boleh dipertimbangkan sekiranya ada kerusi-kerusi yang sesuai diwakili oleh mereka,” katanya lagi.

-Utusan Online

  • Lagi berita berkaitan:
  • BN
  • PBM

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...