• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kawalan Bersama Tentera Malaysia, Indonesia Diaktifkan Semula

oleh AK-47
15/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kawalan Bersama Tentera Malaysia, Indonesia Diaktifkan Semula
Share on FacebookShare on Twitter

Kuching : Pos Gabungan Malaysia Indonesia (GABMA) yang ditangguhkan sejak awal 2020 akibat penularan wabak Covid-19, diaktifkan semula hari ini menerusi Op Keris Parang Gabungan 2022.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pos kawalan di sempadan itu menempatkan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI-AD) yang melaksanakan operasi kawalan keselamatan bersama 24 jam.

Ia merangkumi rondaan berkenderaan, rondaan berjalan kaki serta serang tangkap (SERKAP) bagi membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan.

Panglima 3 Briged Infantri Malaysia, Brig Jen Mohd Kamil Abdul Latiff berkata, pengaktifan semula pos GABMA itu signifikan dalam usaha mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia.

Justeru katanya,Pos GABMA dengan tiga daripadanya di Malaysia iaitu Jawatankuasa Perancang Gerakan (JPG) Biawak di Lundu; Kem JPG Tebedu di Serian dan Kem JPG Lubok Batu di Sri Aman manakala di Indonesia pula ialah di Pos Nanga Badau, Pos Entikong dan Pos Sajingan dibuka semula dan menempatkan anggota dari kedua-dua pihak.

“Op Keris Parang Gabungan 2022 dilaksanakan dengan pertukaran trup antara TDM serta TNI-AD dan penempatan anggota dijalankan serentak di semua pos, hari ini.

“TNI-AD menghantar 10 anggota di di setiap pos di kawasan Malaysia manakala TDM pula menghantar lapan anggota ke pos di kawasan Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pengaktifan semula Pos GABMA di Kem JPG Tebedu, hari ini.

Turut hadir, Pegawai Memerintah Batalion Infantri 645 Ghardatama TNI-AD, Lt Kol Hudallah SH; Pegawai Memerintah 4 Kor Armor Diraja (KAD) Lt Kol Mohamad Sazili Hussain dan Pegawai Perhubungan Tentera Malaysia (MMLO) di Pontianak, Lt Kol Haizal Mohamad Ariffi.

-Harian Metro

Tags: Diaktifkan SemulaKawalan BersamaTentera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TERKINI: Agong Zahir Nasihat Tegas, Pastikan Warga Tentera Darat Junjung Integriti, Amanah

TERKINI: Agong Zahir Nasihat Tegas, Pastikan Warga Tentera Darat Junjung Integriti, Amanah

07/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahir nasihat tegas kepada Panglima Tentera Darat agar memastikan warga tentera...

Tentera Darat Malaysia Gagalkan Cubaan Seludup Dadah Bernilai Hampir RM11 Juta Di Sempadan Utara

Tentera Darat Malaysia Gagalkan Cubaan Seludup Dadah Bernilai Hampir RM11 Juta Di Sempadan Utara

10/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk dadah bernilai hampir RM11 juta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd