Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Onn Hafiz Mulakan Tugas

ISKANDAR PUTERI : Datuk Onn Hafiz Ghazi memulakan tugas rasmi sebagai Menteri Besar...

Melayu Terjerat Conteng Arang...

MELAKA – Umat Melayu Islam sedang terperangkap dalam perlumbaan menconteng arang sesama sendiri,...

15,000 Hektar Sawah Terjejas...

ARAU – Kira-kira 15,000 hektar sawah di Perlis dan Kedah yang berada dalam...

TNB Raikan 50 Pelajar...

BANGI - Sejumlah 50 anak yatim daripada Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha,...

Isu Kartel: 5 Syarikat Berkaitan Bekalan Ayam Langgar Akta Persaingan

KUALA LUMPUR : Lima syarikat pengisar makanan berkaitan bekalan ayam dikesan melanggar Seksyen 4 Persaingan 2010 dengan menaikkan kuantum harga makanan ternakan itu di negara ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Iskandar Ismail, berkata dapatan itu berdasarkan keputusan cadangan yang diperoleh pihaknya melalui siasatan dijalankan.

Lima syarikat pengisar makanan itu, katanya ialah Dindings Poultry Development Centre Sdn Bhd; FFM Berhad; Gold Coin Feedmills (Malaysia) Sdn Bhd; Leong Hup Feedmill Malaysia Sdn Bhd dan PK Agro-Industrial Products (M) Sdn Bhd.

Mengulas lanjut, katanya lima syarikat itu dikesan melakukan kesalahan mengikut seksyen terbabit dengan memasuki perjanjian antipersaingan dan amalan bersepadu dalam menaikkan kuantum harga makanan ayam yang mengandungi kacang soya dan jagung sebagai bahan utamanya.

Beliau berkata, kesalahan itu dikesan dilakukan antara awal 2020 hingga pertengahan 2022.


“Hasil penyiasatan mendedahkan bahawa maklumat perdagangan sensitif yang dikongsi antara perusahaan itu dilihat berpotensi untuk mengganggu persaingan dalam pasaran.

“Melalui penetapan harga pada kuantum sama yang menyebabkan kenaikan sama dalam kalangan perusahaan, pilihan pembeli dalam memilih pembekal makanan ayam yang menawarkan harga terbaik menjadi terhad,” katanya pada sidang media, di sini.

Sehubungan itu, beliau berkata, kelima-lima perusahaan terbabit mempunyai peluang mengemukakan representasi dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan cadangan itu disampaikan kepada mereka.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori