Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Biadab Bising Ganggu Jemaah...

GEORGE TOWN - Ia bukan sahaja biadab malah langsung tidak sensitif dengan kehidupan...

Agong Solat Jumaat Di...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan...

Bapa Kapak Kemaluan Anak...

DUNIA sekarang dipenuhi ramai orang gila. Salah seorang adalah lelaki ini yang sanggup...

Aliran Trafik Di Lebuhraya...

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar setakat...

Ismail Sabri Pertimbang Bentang Bajet 2023 Jika Dibenar Perlembagaan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mungkin mempertimbangkan untuk membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat pada 7 Oktober depan sekiranya dibenarkan berbuat demikian mengikut sistem Perlembagaan negara.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ismail Sabri berkata, setakat ini, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dijangka membentangkan belanjawan tersebut di Dewan Rakyat nanti.

“Belum tahu siapa (membentangkan Bajet 2023), setakat ini Menteri Kewangan (berbuat demikian). Kena tengok daripada segi Perundangan dan Perlembagaan dahulu.

“Kalau tidak boleh, tidak mengapa, kalau boleh, ia boleh dipertimbangkan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 (MAPPA XVIII) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini tadi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada akan membentangkan Belanjawan 2023 atau sebaliknya nanti.


Perdana Menteri berkata, beliau juga akan menunggu nasihat daripada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan lanjut diputuskan.

Bajet 2023 sepatutnya dibentangkan pada 28 Oktober depan, namun dibuat tiga minggu lebih awal iaitu pada 7 Oktober depan.

Sebelum ini, Bajet 2022 telah dibentangkan Tengku Zafrul dengan mengikut kebiasaan Dewan Rakyat di mana Menteri Kewangan perlu membuat pembentangan berkenaan.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori