Sample Page Title

Dua pemimpin Pakatan Harapan (PH) hari ini mendesak Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein memberi penjelasan kepada Dewan Negara mengenai kewangan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) yang menjadi kontraktor utama projek kapal tempur pesisir (LCS).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut Mohamad Sabu dan Liew Chin Tong, gesaan tiga senator semalam agar Hishammuddin berbuat demikian memang wajar dilakukan.

“Menteri perlu menjawab status kewangan BNS di Dewan Negara minggu depan. Pertama, berapakah jumlah hutang BNS setakat Ogos 2022?

“Setakat Ogos 2019, hutang BNS berjumlah RM1.738 bilion. Ini termasuk pinjaman RM869 juta daripada institusi kewangan dan RM767 juta hutang kepada pengeluar peralatan asli,” kata Mohamad dan Liew.

Mohamad adalah menteri pertahanan PH sebelum gabungan itu dijatuhkan melalui Langkah Sheraton, manakala Liew merupakan timbalannya.

Mohamad dan Liew juga mendakwa bekas perdana menteri Najib Razak mengelirukan orang ramai dengan mendakwa PH menjadi punca projek pembinaan LCS itu gagal disiapkan.

“Projek LCS itu dilanda masalah kewangan sebelum PH mengambil alih kerajaan,” katanya.

Mesti beri penjelasan telus

Untuk rekod semalam tiga ahli Dewan Negara mencadangkan supaya isu LCS dibahaskan di Dewan Negara sebelum persidangan tamat pada Selasa depan.

Cadangan itu dikemukakan Lim Hui Ying, Fadhlina Sidek dan A Kesavadas Nair kerana mereka ingin tahu lebih lanjut mengenai perolehan LCS untuk kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu.

Lim berkata isu itu perlu dibahas memandangkan ia melibatkan kepentingan awam serta keselamatan negara, dan pihaknya sudah memberikan surat pemberitahuan usul kepada Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yatim.

Menurut Mohamad dan Liew, mereka mahu tahu jika Hishammuddin bersetuju bahawa sebahagian daripada bayaran kerajaan untuk LCS – sebanyak RM400 juta – adakah untuk BNS menjelaskan hutang syarikat itu untuk projek sebelumnya, iaitu kapal peronda generasi baru (NGPV).

“Adakah projek LCS dimulakan dengan tujuan ‘menggulung’ hutang lapuk NGPV?


“Kami hairan mengapa BNS, pada Jun 2021, mencadangkan kontrak atau pesanan berjumlah RM53 bilion daripada kerajaan untuk tujuan mendapatkan pinjaman melalui terbitan sukuk berjumlah RM4 bilion,” kata mereka.

Jumlah tersebut merujuk kepada peruntukan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih selama 30 tahun.

Dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) lalu, kata Mohamad dan Liew, jawatankuasa terbabit dimaklumkan bahawa kerajaan hanya bersetuju untuk memberikan tempoh tiga tahun kepada syarikat terbabit hanya pada 2021.

“Pada 20 April lalu, Hishammuddin berkata projek LCS akan diteruskan tetapi tiada sesiapa – termasuk PAC – dimaklumkan mengenai butiran, kaedah pembiayaan dan garis masanya.

“Hishammuddin dan kerajaan mesti memberikan penjelasan yang telus dan jelas serta berikrar tidak akan berlaku sebarang penyelewengan dana,” kata Mohamad dan Liew.

Sementara itu Ahli Parlimen Sepang Amanah Hanipa Maidin berkata salah bagi BNS menggunakan dana LCS untuk sebarang tujuan yang di luar daripada apa yang ditetapkan.

Katanya dakwaan bahawa wang yang diperuntukkan kepada LCS digunakan untuk membayar hutang lapuk adalah tidak sah di sisi undang-undang.

“Di sisi undang-undang, perbuatan sedemikian adalah sama dengan salah guna jawatan awam.

“Walaupun begitu, saya juga berpandangan bahawa semua pihak yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung yang terlibat dalam kegagalan malang itu boleh disaman sebagai bakal responden, seperti menteri berkaitan, BNS dan kerajaan,” katanya.

Menurut bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, yang paling sesuai menjadi plaintif pula ialah mana-mana pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang boleh dianggap sebagai pihak yang terjejas mengikut undang-undang.

Justeru katanya mereka mempuyai locus standi untuk mengemukakan saman.

“Mereka boleh membuat permohonan kepada mahkamah, antara lain, pengisytiharan bahawa perbuatan semua responden yang disebutkan di atas sebagai tidak sah dan seterusnya sama menyalahgunakan kuasa,” kata pemimpin Amanah itu.

-Malaysia Kini

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Data Pelanggan Hotel Shangri-La Digodam

SINGAPURA: Rangkaian hotel mewah Kumpulan Shangri-La memaklumkan pangkalan data pelanggannya di lapan negara Asia...

Korea Utara Didakwa Lancar Dua Peluru Berpandu Balistik

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik pada awal pagi...

Raja Permaisuri Agong Seru Kerajaan Tubuh Pusat Latihan Demensia

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menyeru...

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan Telur Ayam Isnin Ini

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat...

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu...

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...