• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Haji Furada: Pengarah UC Travel Mengaku Tak Bersalah

oleh Mohd Arshad
09/08/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Haji Furada: Pengarah UC Travel Mengaku Tak Bersalah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Seorang pengarah syarikat yang menawarkan pakej haji furada mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan mengiklankan perkhidmatan perjalanan haji tanpa lesen sah dari Lembaga Tabung Haji.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tertuduh, Agus Rizal Mat Ali, 50, membuat pengakuan tersebut dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman.

Berdasarkan pertuduhan, Agus Rizal didakwa mengiklankan perkhidmatan pakej haji furada bagi musim 2022 Masihi/ 1442 Hijrah di media sosial Facebook milik Syarikat UC Travel sedangkan syarikat tersebut tidak mempunyai lesen pengelola jemaah haji secara sah dari Lembaga Tabung Haji.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada 9 Mei lalu di Pejabat Cawangan UC Travel Sdn Bhd, Platinum Walk, Jalan Langkawi 2, Danau Kota, Kuala Lumpur.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 27 (1)(b) Akta Tabung Haji dan boleh dihukum di bawah Seksyen 27(2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM100,000 atau dipenjara selama tempoh maksimum satu tahun atau kedua-duanya.

Pihak pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqilah Ishak manakala tertuduh diwakili peguam bela, Datuk Dhanaraj Vasudevan dan Ho Cheng En.

Mahkamah membenarkan Agus Rizal diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 September ini untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, media melaporkan lima individu ditahan berhubung kes penipuan haji furada yang menyebabkan kira-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Berikutan kejadian bakal jemaah terkandas itu, polis menahan lima suspek berusia antara 30 hingga 60 tahun, terdiri pemilik sebuah agensi pelancongan dan isteri, seorang ejen dan dua pekerja di pejabat agensi pelancongan yang beroperasi di Danau Kota, Setapak.

-Utusan Online

Tags: Haji FuradaPengarah UC TravelTidak Bersalah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki AS Tak Salah Akhirnya Dibebaskan Selepas Tiga Abad Dalam Penjara

Lelaki AS Tak Salah Akhirnya Dibebaskan Selepas Tiga Abad Dalam Penjara

26/05/2023
0

LOS ANGELES: Seorang lelaki dari Baldwin Park dibebaskan dari penjara negara awal bulan ini selepas pendakwa raya dan pegawai parol...

Lima Kertas Siasatan Penipuan Haji Furada Sudah Lengkap

Lima Kertas Siasatan Penipuan Haji Furada Sudah Lengkap

02/08/2022
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak lima kertas siasatan berkaitan penipuan pakej haji oleh tiga agensi pelancongan telah lengkap akan dirujuk ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd