• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Bakal Dipecat Dari UMNO – Tak Ada Apa, Kata Ismail Sabri

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Dakwaan Bakal Dipecat Dari UMNO – Tak Ada Apa, Kata Ismail Sabri
Share on FacebookShare on Twitter

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menafikan bahawa dia diberitahu supaya mengadakan pilihan raya umum secepat mungkin atau bakal berdepan dipecat daripada parti.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sebaliknya dia memberitahu bahawa mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno baru-baru ini berlangsung dalam keadaan mesra.

“Tak ada apa. Kita bincang dalam keadaan mesra.

“Tak ada isu, kadang-kadang orang luar melihat lain daripada apa yang berlaku di dalam,” katanya yang dipetik BH Online.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan pelbagai versi timbul susulan mesyuarat biro politik Umno Rabu lalu, sehari selepas bekas perdana menteri Najib Razak gagal mengubah keputusan bersalah dan hukuman penjara dalam kes SRC International Sdn Bhd.

Menurut sumber Umno dan kerajaan, ahli parlimen Bera itu diberitahu supaya membubarkan parlimen secepat mungkin atau akan dipecat.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan menafikan perkara itu kepada Malaysiakini dengan menyifatkannya sebagai “palsu” dan “fitnah”.

Sumber mendakwa mesyuarat Biro Politik Umno tegang sehingga ada yang meninggikan suara kepada Ismail Sabri, dalam beberapa isu, termasuk isu pemenjaraan Najib.

Biro politik, kata sumber, kurang senang dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Najib.

-Malaysia Kini

Tags: Ismail SabriUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd