• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bom Lama Jenis Mortar Dimusnahkan

oleh Mohd Arshad
08/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bom Lama Jenis Mortar Dimusnahkan
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN: Sebutir bom jenis mortar berukuran 26 sentimeter yang ditemukan di tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Paya Pasir, Maran dimusnahkan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis negeri, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Maran menerima laporan penemuan tersebut kira-kira pukul 10 pagi semalam.

Katanya, bom terbabit ditemukan seorang pekerja syarikat tersebut sekitar pukul 8.30 pagi di kawasan tapak projek berkenaan.

“Majikannya memaklumkan bahawa seorang pekerja di tapak pembinaan laluan berkenaan telah menemukan objek dipercayai bom lama. Unit Persenjataan IPD Maran kemudian memaklumkan berkaitan kejadian kepada UPB IPK Pahang untuk tindakan lanjut,” katanya dalam sidang akhbar khas di IPK Pahang, di sini hari ini.

Ramli berkata, bom jenis Trench Mortar HE dengan ukuran lilit 18 sentimeter itu dimusnahkan secara ‘Insitu’ iaitu dengan kaedah elektrik menggunakan satu butir Detonator Elektrik, empat meter Detonating Cord dan 100 gram Plastik Explosive pukul 4.30 petang semalam.

“Ini bukan kejadian pertama kali dan mungkin akan ada lagi penemuan seumpamanya. Orang ramai diharap berhati-hati apabila menjumpai objek sedemikian dan tidak mengambil tindakan sendiri dengan atau cuba menjadikan ia barang koleksi atau dijual kepada orang lain.

“Masih ada langkah pengawasan perlu diambil terhadap barang berkenaan termasuk melihat tanda sekiranya letupan masih boleh berlaku walaupun keadaan bom sudah lama,” katanya.

UtusanOnline-

Tags: dimusnahkanECRLmortar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hilang 16 Jam, Remaja OKU Antara Tujuh Ditemukan Selamat

Next Post

Eksport Ayam Masih Tidak Dibenarkan

Related Posts

Projek ECRL Dijangka Mula Ujian, Pentauliahan Pada Jun 2026

Projek ECRL Dijangka Mula Ujian, Pentauliahan Pada Jun 2026

04/02/2025
0

KUANTAN - Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Kota Bharu, Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak dijangka memulakan ujian dan...

Majoriti Waris Setuju Pindah Kubur Untuk ECRL – MB Selangor

Majoriti Waris Setuju Pindah Kubur Untuk ECRL – MB Selangor

03/05/2024
0

SHAH ALAM : Majoriti waris dan ahli keluarga yang terbabit dalam penggalian dan pemindahan kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat...

Next Post
Eksport Ayam Masih Tidak Dibenarkan

Eksport Ayam Masih Tidak Dibenarkan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd