• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bicara Laporan Audit 1MDB: Najib Tiba Di Mahkamah

oleh AK-47
26/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bicara Laporan Audit 1MDB: Najib Tiba Di Mahkamah
Share on FacebookShare on Twitter

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini hadir di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada perbicaraan kes meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya bersama bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Najib, 69, tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) pada 8.48 pagi dari Penjara Kajang diiringi beberapa kenderaan polis dan Jabatan Penjara.

Petugas media dari pelbagai agensi mula berkumpul sejak 8 pagi bagi merakam gambar dan video ketibaan bekas perdana menteri itu serta membuat liputan kes berkenaan.

Isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, turut hadir di mahkamah.

Najib didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dibuat terhadap laporan akhir audit 1MDB yang telah dimuktamadkan Ketua Audit Negara, sebelum laporan itu ‘sekali lagi dimuktamadkan’ dan dibentang di hadapan PAC bagi mengelak sebarang tindakan diambil terhadap beliau.

Arul Kanda, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Pada prosiding hari ini, djangka dua saksi pendakwaan akan memberi keterangan iaitu Arul Kanda dan Penguasa Kanan Cawangan Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Haniff Lami.

Pada 23 Ogos, Najib dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atau penjara lima tahun jika gagal bayar denda ke atas Najib kerana menyeleweng dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Semalam, bekas perdana menteri itu hadir pada perbicaraan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion 1MDB di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

-Malaysia Kini

Tags: Bicara Laporan Audit 1MDBDatuk Seri Najib Tun Razakmahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Media berbahasa Cina melaporkan ruangan komen di media sosial hari ini dipenuhi ucapan penghargaan kepada bekas Perdana...

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

28/06/2026
0

SHAH ALAM - Pelancaran LRT3 Laluan Shah Alam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didakwa menjadi bukti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd