• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Imam Masjidil Haram Dipenjara 10 Tahun Kritik Penganjuran Konsert Di Arab Saudi

oleh Mohd Arshad
30/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bekas Imam Masjidil Haram Dipenjara 10 Tahun Kritik Penganjuran Konsert Di Arab Saudi
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Seorang bekas imam Masjidil Haram di kota suci Mekah dihukum penjara 10 tahun selepas didakwa mengkritik kerajaan Arab Saudi membenarkan penganjuran konsert atau perhimpunan sosial semasa beliau menyampaikan khutbah, lapof Khaleej Times, baru-baru ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mahkamah Rayuan Jenayah Khusus di Riyadh menjatuhkan hukuman penjara tersebut terhadap Sheikh Saleh al-Talib.

Pihak berkuasa Arab Saudi mula-mula menahan Saleh pada 2018 dan tidak memberikan alasan untuk penahanannya, yang dibuat selepas dia menyampaikan khutbah mengkritik Penguasa Hiburan Am.

Badan kerajaan itu bertanggungjawab mengawal selia industri hiburan Arab Saudi.

Beliau mengecam penganjuran konsert dan acara sosial yang menurutnya, melanggar norma agama dan budaya negara.

Imam itu mempunyai pengikut di seluruh dunia, dengan beribu-ribu ribuan menonton khutbah dan bacaan Al-Qurannya di laman YouTube.

Penahanannya berlaku ketika Putera Mahkota Mohammed Salman meneruskan usahan untuk meneraju reformasi masyarakat Arab Saudi dan mempelbagaikan ekonomi negara yang sebelum ini bergantung kepada sumber minyak.

Khaleej Online melaporkan bahawa dalam khutbahnya, Sheikh Saleh yang juga berkhidmat sebagai hakim di Makkah, mengejek percampuran lelaki dan wanita bukan mahram di konsert dan acara hiburan lain.

Kosmo-

Tags: Arab SaudiImammasjidil haramSheikh Saleh al-Talib
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Prasyarat Baharu Visa Haji 2026

Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Prasyarat Baharu Visa Haji 2026

15/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi menetapkan bayaran dam sebagai prasyarat baharu bagi proses pengeluaran visa haji kepada jemaah yang melaksanakan...

Tak Baca Khutbah Disediakan JAIPk, 4 Imam Digantung Tugas

Tak Baca Khutbah Disediakan JAIPk, 4 Imam Digantung Tugas

09/02/2025
0

IPOH: Empat khatib yang juga imam masjid di negeri ini digantung tugas sementara kerana menyampaikan khutbah Jumaat bukan dikeluarkan Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd