• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Prasyarat Baharu Visa Haji 2026

oleh Mohd Arshad
15/02/2026
dalam Terkini
0
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Prasyarat Baharu Visa Haji 2026
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi menetapkan bayaran dam sebagai prasyarat baharu bagi proses pengeluaran visa haji kepada jemaah yang melaksanakan haji Tamattuk dan Qiran bermula Musim Haji 1447H/2026M.

Menurut Lembaga Tabung Haji (TH) dalam satu kenyataan, bayaran itu perlu dibuat lebih awal kepada The Kingdom of Saudi Arabia Project for Utilization of Hady & Adahi (ADAHI), dengan TH akan menguruskan pembayaran berkenaan bagi pihak jemaah.

TH memaklumkan, jumlah bayaran dam ditetapkan bagi musim haji tahun ini ialah RM810 bagi seekor kibas, dan ia perlu ditunaikan mengikut jenis ibadat haji yang dipilih oleh setiap jemaah.

Bakal jemaah haji boleh membuat bayaran dam melalui aplikasi THiJARI atau di kaunter cawangan TH seluruh negara, bermula 1 Ramadan ini.

Bagi jemaah yang gagal membuat bayaran awal, TH akan membekukan jumlah terbabit daripada akaun pendeposit, bermula 1 Syawal sebelum proses pendebitan dilakukan.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad, berkata pelaksanaan bayaran dam melalui ADAHI adalah syarat baharu yang dikenakan terhadap semua jemaah haji di seluruh dunia bagi musim haji ini.

“TH mengambil inisiatif memaklumkan perkara ini lebih awal kepada jemaah negara bagi melancarkan urusan pengeluaran visa haji,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, semua jemaah yang melaksanakan haji Tamattuk dan Qiran, wajib menjelaskan bayaran dam sebelum tiba di Tanah Suci.

Bagi jemaah yang mengerjakan haji Ifrad pula, bayaran akan dipulangkan semula jika akaun TH sudah didebitkan, tertakluk kepada perakuan dan pengesahan oleh pihak TH.

Sementara itu, penyertaan ibadah korban di Tanah Suci bagi musim haji tahun ini dibuka kepada semua pendeposit TH pada kadar RM810 seekor kibas.

Pembayaran itu boleh dilakukan melalui aplikasi THiJARI atau di kaunter cawangan TH seluruh negara.

Dalam pada itu, TH menasihati orang ramai agar berwaspada terhadap sebarang tawaran pembayaran dam dan korban yang mencurigakan daripada agensi pelancongan atau pihak tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, ini kerana kebenaran pihak berkuasa Arab Saudi diperlu bagi melaksanakan ibadah berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi TH atau menghubungi Pusat Panggilan TH melalui talian 03-62071919.

BHonline-

Tags: Arab Saudibayaran damMusim haji
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

07/04/2026
0

Oleh Mynewshub   JUBAIL – Sebuah kebakaran besar dilaporkan berlaku di kawasan perindustrian Jubail, Arab Saudi, yang merupakan antara hab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd