Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mahu Duet Pitbull, AC...

KUALA LUMPUR: Selepas muncul dengan single terbaharu berjudul Paranoid berduet dengan artis seberang,...

Inisiatif #MalaysiaKerja Wujud 350,000...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melancarkan inisiatif #MalaysiaKerja bertujuan mewujudkan peluang pekerjaan yang...

Kerajaan PH Terus Membebankan...

Manifesto Pakatan Harapan adalah untuk menstabilkan harga minyak. Rakyat seluruh Malaysia termakan dengan...

Pembantu Kedai Didenda RM5,000...

TAIPING : Padah memiliki gambar dan video lucah di dalam telefon bimbit, seorang...

Air Pasang Besar, 13 Lokasi Di Kuala Selangor Berisiko Banjir

KUALA SELANGOR: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Selangor mengenal pasti 13 lokasi berisiko banjir sepanjang fenomena air pasang besar yang diramal selama tiga hari mulai 9 September.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusinya, Mohd Raiz Radzuan, berkata semua lokasi itu membabitkan kawasan sekitar Jeram, Ijok, Tanjong Karang dan Sekinchan dan beliau bimbang keadaan bertambah buruk sekiranya musim hujan berpanjangan melangkaui tarikh ramalan itu.

Katanya, Jeram kawasan paling berisiko tinggi dilanda banjir yang membabitkan enam lokasi, iaitu Tambak Jawa, Pantai Remis, Pantai Jeram, Kampung Sungai Janggut, Kampung Sungai Sembilang dan Pekan Sungai Buloh.

“Kawasan lain, Kampung Sungai Yu, Pekan Tanjong Karang, Parit 4 Sekinchan, Bagan Pasir Tok Adam dan Pekan Kuala Selangor,” katanya.

“Pelbagai agensi di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Selangor sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Semua yang terlibat termasuk ketua kampung akan menjalankan pemantauan 24 jam sepanjang fenomena tiga hari itu,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program konvoi Merdeka Ride dan kibar Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan di sini, hari ini. Program anjuran Kelab Bersekutu 2 Roda (KB2R) itu dirasmikan penaungnya, Tan Sri Rozali Ismail dan disertai 100 penunggang.

Razali yang juga Pegawai Daerah Kuala Selangor, berkata persediaan yang dibuat meliputi aspek logistik atau aset menyelamat dan memindahkan mangsa banjir.

“Lebih 20 pusat pemindahan sementara (PPS) akan dibuka sekiranya banjir buruk melanda daerah ini. Untuk itu, penduduk dinasihatkan sentiasa bersiap sedia dan mematuhi semua arahan pihak berkuasa sekiranya diarah berpindah kelak,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori