• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

15 Juta Pekerja Kecewa Pelaksanaan Akta Kerja 1995 Ditangguh

oleh Mohd Arshad
28/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
15 Juta Pekerja Kecewa Pelaksanaan Akta Kerja 1995 Ditangguh
Share on FacebookShare on Twitter

Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Datuk Mohamed Shafie Bp Mammal berkata, keputusan saat-saat akhir kerajaan itu ternyata mengejutkan banyak pihak terutamanya pekerja.

Ikuti Mynewshub: Telegram

“UNI-MLC berpandangan bahawa penangguhan itu secara langsung telah menafikan hak dan kepentingan lebih 15 juta pekerja di negara ini, sama ada mereka yang terangkum di bawah Perjanjian Kolektif ataupun sebaliknya.

“Keputusan itu sekali gus mencetuskan kekecewaan yang amat mendalam dalam kalangan para pekerja. Kementerian juga tidak memberi justifikasi yang konkrit apabila membuat keputusan untuk menangguhkan pindaan Akta Kerja 1955,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Kementerian Sumber Manusia mengumumkan bahawa pelaksanaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 yang sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 September ini akan ditangguh pada 1 Januari 2023.

Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan dilaporkan berkata, pihaknya sudah menjalankan sesi perbincangan dengan pemegang taruh daripada semua pemain industri termasuk dewan perniagaan dan sebagainya sebelum membuat keputusan tersebut.

Mengulas lanjut, Mohamed Shafie berkata, apabila kerajaan mengambil langkah untuk meminda Akta Kerja 1955, UNI-MLC gembira kerana kementerian mengadakan sesi libat urus dan kemudian ia dibawa ke Parlimen untuk diluluskan.

“Malangnya, apabila pelaksanaannya hendak ditangguhkan, tiada libat urus antara Kementerian Sumber Manusia dan kesatuan sekerja-kesatuan sekerja skali gua keputusan yang diumumkan oleh Menteri Sumber Manusia itu sangat memeranjatkan.

“Timbul persoalan apakah kementerian tidak membuat perancangan yang teliti dan rapi dalam soal pelaksanaan peruntukan-peruntukan baharu. Jika tidak bersedia jangan buat pengumuman hendak melaksanakan dan sekarang tiba-tiba membuat pusingan ‘U’. Pekerja terkeliru dan terkejut,” katanya.

Selain itu katanya, keputusan menangguhkan pelaksanaan peruntukan-peruntukan baharu yang bakal membawa kelebihan dan manfaat kepada pekerja telah menjejaskan harapan tinggi yang diletakkan oleh pergerakan pekerja seperti UNI-MLC.

Dalam pada itu katanya, UNI-MLC juga berpandangan kerajaan tidak wajar tunduk kepada tekanan majikan, kerana tindakan berkenaan telah menafikan dan mengabaikan kepentingan pekerja yang inginkan pembaharuan dalam kebajikan mereka.

“Kementerian tidak seharusnya dengan cepat mengalah kepada tekanan majikan. Kami meminta agar kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Sumber Manusia mengkaji semula keputusan menunda pelaksanaan Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022).

“UNI-MLC mahu peruntukan baharu yang hendak dibawa menerusi pindaan Akta Kerja dilaksanakan dengan segera mengikut tarikh awal yang telah diumumkan sebelum ini, iaitu 1 September 2022,” katanya.

-Utusan Online

Tags: Akta Kerja 1995tangguh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Persekutuan Tangguh JS-SEZ Sejak Tahun Lepas  – Onn Hafiz

Kerajaan Persekutuan Tangguh JS-SEZ Sejak Tahun Lepas – Onn Hafiz

02/07/2026
0

JOHOR BAHARU - Penyandang Menteri Besar Johor, Datuk Seri Onn Hafiz mempersoalkan mengapa Kerajaan Persekutuan berulang kali menangguhkan Pelan Induk...

Hakim Cuti Sakit: Keputusan Kes Pecah Amanah, Pengubahan Wang Haram Syed Saddiq Ditangguh

Hakim Cuti Sakit: Keputusan Kes Pecah Amanah, Pengubahan Wang Haram Syed Saddiq Ditangguh

30/06/2026
0

Oleh Mynewshub PUTRAJAYA - Sesuatu yang tidak diduga berlaku semasa keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd