
Semalam Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan bertemu dengan jentera BN di Perlis.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Beliau dalam misi mempersiapkan kesiapsiagaan jentera BN untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)
Sehari sebelum itu Tok Mat merasmikan penutup Bengkel Apps MyJR Wanita UMNO bagi bersiap bersedia untuk mengharungi PRU-15.
Terdahulu, Mantan Menteri Besar Negeri Sembilan itu memantau perjalanan Seminar Penceramah-Penceramah PRU-15 di Seremban.
Turut hadir Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil.
Nampak gaya Tok Mat tetap tenang melaksanakan misinya disebalik siasatan terhadapnya berikutan laporan polis dibuat sayap bersekutu Bersatu.
Inilah Timbalan Presiden UMNO yang ramai kenali. Seorang pemimpin yang tidak mudah melenting dengan sebarang tekanan.
Malah semasa BN tewas PRU-14, beliau tokoh politik yang banyak membangkitkan semangat ahli BN untuk bertahan.
Tok Mat sentiasa memberi inspirasi dan kata-kata hikmah kepada penyokong BN untuk terus berjuang dalam ceramah-ceramahnya.
Silap besar jika ada pemimpin Bersatu beranggapan boleh mengoyahkan Tok Mat daripada terus membawa BN terus mara ke hadapan.
Beliau merupakan Pengarah Pilihan Raya BN yang membawa kemenangan besar BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.
Saya fikir tiada apa yang mampu menghalang Tok Mat untuk terus membawa kemenangan buat BN pada PRU-15.
-Mynewshub


