Sample Page Title

“Jangan tunggu lama-lama. Tunggu lama-mana nanti diambil orang”

Ikuti Mynewshub: Telegram

Begitu jenaka Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan semasa merasmikan Konvensyen BN Sabah 2022.

Spontan sahaja jenaka Tok Mat disahut gelak tawa para hadirin, namun sangat mendalam ertinya untuk difahami oleh jentera BN Sabah.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu memang diketahui sarat dengan mutiara kata. Kata-kata yang kadang-kala tampak selamba, tetapi berhikmah.

Tok Mat selaku perasmi konvensyen tidak berucap panjang, tetapi dalam bicaranya yang serba ringkas sudah cukup untuk menaikkan semangat seluruh hadirin.

Itulah aura Tok Mat Hasan yang berjaya mengangkat semula perjuangan ahli BN tatkala parti itu berdepan kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Jangan tunggu lama-lama. Tunggu lama-mana nanti diambil orang” dimaksudkan Tok Mat adalah BN telah bersiap sedia untuk berdepan PRU-15.

Kata Tok Mat, BN ketika ini `ibarat bunga yang sedang mekar’ (dalam kedudukan terbaik untuk berdepan PRU-15 kerana mendapat sokongan rakyat).

Tepat pandangan Tok Mat. BN ketika ini mempunyai peluang besar untuk menang PRU-15. Kelewatan sekadar memberi kesempatan untuk lawan politik mengatur muslihat baharu.


Mungkin kerana itu Tok Mat turut mengingkatkan kepada para hadirin bahawa setiap pejuang BN perlu berusaha untuk menang dan selepas menang bersetialah kepada parti.

Tok Mat menenegaskan “jika mahu menang buat cara mahu menang” dan beliau akan turun ke setiap bahagian untuk pastikan seluruh jentera BN telah sedia.

Ucapan Tok Mat itu disahut dengan sorakan dan tepukan gemuruh seluruh jentera BN Sabah di konvensyen tersebut kerana mereka tahu Tok Mat `bukan sekadar borak’.

Pengarah Pilihan Raya BN itu telah pun melakukannya dalam banyak Pilihan Raya Kecil (PRK) dan dua Pilihan Raya Negeri (PRN) yang menyaksikan kemenangan besar BN.

Itulah insan bernama Mohamad Hasan yang telah berjaya memimpin BN untuk kembali bangkit seperti yang semua sedang disaksikan pada hari ini.

Mana-mana pemimpin BN yang sedang menongkah arus kerana mahu mempertahankan jawatan dan kedudukan dalam kerajaan seharusnya berasa malu dengan Tok Mat.

Lebih-lebih lagi mereka seharusnya berasa malu dengan ahli-ahli BN yang tetap setiap memperjuangkan parti tanpa mengharapkan sebarang ganjaran demi “lillahi ta’ala”.

-Mynewshub

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...