Tuesday, May 30, 2023

Creating liberating content

UMNO Johor Ambil Alih...

JOHOR BAHRU : UMNO Johor akan mengambil alih pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru...

Banjir: AS Umum Bantuan...

KUALA LUMPUR - Amerika Syarikat (AS) mengumumkan bantuan tambahan sebanyak RM3 juta bagi...

Maswings Tingkat Pelancongan Sabah,...

KOTA KINABALU - Kehadiran Maswings, anak syarikat milik penuh Malaysia Airlines ke Sabah...

Penganggur Dipenjara 4 Bulan...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencuri pembesar suara di sebuah rumah, seorang penganggur dihukum...

Tiada Lagi Alasan Gagal Urus Cukai

Sebelum ledakan internet berlaku di Malaysia pada tahun 2000, sebilangan pembayar cukai memiliki banyak alasan untuk gagal menguruskan perihal percukaian mereka dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Termasuk kesukaran melapangkan masa untuk berurusan di kaunter LHDM, ketiadaan pengangkutan dan banyak lagi, namun pada era ini ia bukan lagi alasan. Bak kata `hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’.

Kini kemudahan internet di Malaysia adalah cukup meluas dan LHDNM turut menyediakan kemudahan dalam talian untuk orang ramai menguruskan perihal percukaian mereka dengan agensi kutipan cukai negara tersebut.

Apa sahaja perkara berkaitan percukaian dengan LHDNM boleh dibuat menerusi pautan https://mytax.hasil.gov.my/ termasuk mendaftar nombor cukai pendapatan, menyemak nombor pin, pendaftaran kata laluan, e-filing dan sebagainya.

Jika diawal ledakan internet mungkin ada yang beralasan tidak memiliki komputer untuk menggunakan perkhidmatan dalam talian LHDNM, bagaimanapun hari ini rata-rata memiliki komputer riba atau telefon bimbit.

Ini bermaksud pembayar cukai boleh menguruskan perihal percukaian mereka dengan LHDNM pada bila-bila masa dan tempat. Persoalan utama kini adalah tentang soal kesedaran dan tangggungjawab.


Dengan demikian jika sebarang tindakan dikenakan oleh LHDNM terhadap mereka yang ingkar melaksanakan kewajipan sebagai pembayar cukai usahlah merengut dan menuduh LHDNM sebagai zalim dan sebagainya.

Perkara yang mudah untuk dielakkan mengapa perlu memilih jalan sukar sehingga dikenakan penalti atau kompaun. Ceritanya mudah sahaja.

Jangan lewat hantar borang cukai. Ikut tempoh ditetapkan oleh LHDNM. Isytihar pendapatan, pelepasan dan perbelanjaan yg dibenarkan dengan betul, benar dan lengkap.

Bayar cukai sepenuhnya dalam tempoh telah ditetapkan. Jika majikan, remitkan PCB telah dipotong dari pekerja kepada LHDN< mengikut tempoh diarahkan.

Beri maklum balas kepada LHDNM apabila diminta terutamanya jika maklumat diminta menggunakan pos berdaftar oleh LHDN. Kemas kini alamat terkini anda dalam tempoh tiga bulan. Mudah bukan.

-Mynewshub

Kategori

Leave a Reply