Sample Page Title

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mencabar kredibiliti saksi utama dalam kes pecah amanah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ia selepas Pesuruhjaya Kehakiman Azhar Abdul Hamid memutuskan bahawa pernyataan saksi bekas bendahari Pemuda Bersatu (Armada), Rafiq Hakim Razali, 32, tidak boleh digunakan sebagai asas untuk mencabar kredibiliti saksi utama pendakwaan itu.

Permohonan itu dibuat atas dasar keterangan Rafiq didakwa sebagai bertentangan dan tidak konsisten.

Menurut Azhar, permohonan itu ditolak kerana pihak pembelaan cuba bergantung kepada keterangan saksi dibuat Rafiq yang tidak diserahkan di mahkamah.

“Saya setuju dengan penghujahan pendakwaan bahawa keterangan yang disasarkan pembelaan bukan keterangan saksi di bawah Kanun Prosedur Jenayah.

“Makan, keterangan itu tidak boleh menjadi sebab untuk mempersoalkan kredibiliti saksi,” katanya.

Ketua pasukan pembelaan, Gobind Singh Deo kemudian memaklumkan pihaknya akan memfailkan permohonan untuk mendapatkan keterangan Rafiq yang dirakam SPRM ketika siasatan kes itu pada 2020.


Rafiq sebelum ini memberi keterangan lisan tanpa pernyataan saksi bertulis diserahkan sebagai bahan bukti kepada mahkamah.

Pada 5 Julai lalu, dia berkata Syed Saddiq mengarahkannya untuk “clear-kan” sebahagian daripada dana Armanda berjumlah RM1 juta, susulan siasatan SPRM terhadap laporan Syed Saddiq berhubung kehilangan wang sebanyak RM250,000.

Namun, sehari kemudian, ketika pemeriksaan balas, Rafiq mengakui Syed Saddiq tidak secara khusus menggunakan istilah “clear-kan” pada masa itu.

Syed Saddiq dibicarakan atas dakwaan penyelewengan RM1.12 juta dana Armada ketika dia mengetuai sayap Bersatu itu.

Dia juga mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan bersubahat dengan pengubahan wang haram, di mana setiap transaksi yang didakwa melibatkan RM50,000.

Mengikut dua pertuduhan bersubahat di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, dia dituduh terlibat dalam pemindahan dana itu sebanyak dua kali iaitu pada 16 dan 19 Jun 2018.

-Malaysia Kini

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...