Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

SPRM Hantar Penyiasat Ke...

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menghantar pasukan penyiasat ke...

MIC Pastikan Kemenangan BN...

KUALA LUMPUR - MIC akan memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen...

KPDNKK Terengganu Rampas Katrij...

KUALA TERENGGANU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu merampas...

6 Individu Cedera Diserang...

SEBUAH kampung di India gempar apabila penduduknya diserang seekor harimau bintang. Menerusi video yang...

Subvarian BA.5 Punca Kes Positif Covid-19 Meningkat

KUALA LUMPUR : Kenaikan jangkitan virus di negara ini adalah datangnya daripada subvarian terbaharu Covid-19, BA.5.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, peningkatan itu mula dikesan sejak pertengahan Jun lalu dimana ia turut berlaku di negara-negara lain.

“Berdasarkan hasil survelan genom SARS-CoV-2 yang dilaksanakan oleh ahli-ahli Konsortium IMR-KPT-MGVI serta hasil penyumberluaran perkhidmatan penjujukan genom SARS-CoV-2, didapati bahawa trend kenaikan kes adalah melibatkan varian BA.5 iaitu seperti yang sedang berlaku di negara-negara lain seperti Singapura, Afrika Selatan dan Eropah,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan yang dikemukakan Rubiah Wang (GPS- Kota Samarahan) berhubung keadaan terkini ancaman varian baharu Covid-19 dan tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menghadapinya.

8 Julai lalu, Khairy mendedahkan subvarian Omicron BA.5 yang mempunyai dua ciri utama adalah paling mudah merebak telah dikesan di negara ini.

Subvarian BA.5 mempunyai kadar jangkitan lebih tinggi berbanding dengan subvarian lain dan mempunyai kadar kerintangan yang lebih tinggi terhadap antibodi yang dihasilkan oleh vaksin Covid-19 dan dengan ini boleh menyebabkan jangkitan semula.


Justeru, KKM mempersiapkan beberapa langkah proaktif antaranya mengaktifkan semula National Covid-19 Rapid Response Task Force (RRTF) apabila peningkatan kes Covid-19 mencapai suatu nilai ambang yang dikenal pasti.

“Pasukan RRTF ini ditubuhkan bagi mengelakkan krisis apabila sistem kesihatan di Malaysia semakin dibebani dengan lambakan kes Covid-19,” jelas Khairy.

Dalam pada itu, Khairy turut memaklumkan yang syarikat pengeluar ubat memberi jaminan kepada KKM yang bekalan ubat akan mula meningkat apabila negara mengimport lebih banyak bahan farmaseutikal aktif (API) bermula bulan hadapan.

“Petang ini dan selepas kita menerima senarai (kekurangan jenis ubat) daripada Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) dan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), kita akan lepaskan sebahagian stok penimbal kita untuk pembelian daripada sektor swasta,” katanya bagi menjawab soalan tambahan Lim Guan Eng (PH-Bagan) mengenai tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah bekalan ubat yang sedang berlaku ketika ini.

Berhubung kes Covid-19, Khairy berkata, kerajaan akan pertimbang untuk mengetatkan kembali Prosedur operasi Standard (SOP) jika jumlah kes terus meningkat, namun berharap agar rakyat terus patuh pada SOP yang diguna pakai sejak dua tahun lalu.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori