• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Stor Haram Simpan Diesel Kena Serbu

oleh AK-47
15/07/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Stor Haram Simpan Diesel Kena Serbu
Share on FacebookShare on Twitter

Seremban : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan berjaya mematahkan sindiket penyelewengan diesel, susulan serbuan di stor haram di Kampung Bemban Hilir, di sini semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Serbuan pada 5.30 petang itu menemukan 31,215 liter diesel bersubdisi dan menahan empat lelaki berusia antara 29 hingga 42 tahun.

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNHEP negeri, Abd Muis Samsudin berkata, ketika premis diserbu, semua suspek dilihat sedang memindahkan diesel daripada lori tangki dan lori ‘bonded’ ke dalam tangki minyak di stor itu.

“Mereka cuba melarikan diri namun dapat ditahan dan pemeriksaan menemui 11 tangki petak dan seunit ‘skid tank’ berisi diesel yang dipindahkan daripada lori dengan jumlah 31,215 liter.

“Semakan turut mendapati premis itu tidak mempunyai lesen sah mahupun dokumen kebenaran untuk urusan barang kawalan.

“Kesemua diesel, tangki dan dua lori disita dengan nilai rampasan berjumlah RM269,912.25,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Abd Muis berkata, serbuan itu hasil risikan susulan aduan mengenai kegiatan pembelian diesel di stesen minyak sekitar Seremban.

“Mereka disyaki melakukan aktiviti penghantaran dan penyimpanan di stor itu kerana kedudukannya dan sudah beroperasi sejak enam bulan lalu,” katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Bekalan 1961 dan Seksyen 20 (1) akta sama kerana menyimpan barang kawalan di tempat yang tidak dilesenkan.

-Harian Metro

Tags: DieselSerbuStor Haram
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perlu Permit Khas Beli Petrol Atau Diesel Lebih 20 Liter Guna Tong

Perlu Permit Khas Beli Petrol Atau Diesel Lebih 20 Liter Guna Tong

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Syarikat, organisasi atau individu yang ingin membeli petrol dan diesel di stesen minyak untuk kegunaan selain tangki...

Harga Minyak Naik Lagi

Harga Minyak Naik Lagi

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Harga bahan api tanpa subsidi mengalami peningkatan sekali lagi apabila kerajaan mengumumkan pelarasan terbaharu harga runcit petroleum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd