Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

NASA Terbitkan Gambar Panorama...

WASHINGTON - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) menerbitkan paparan panorama...

Rusia Sedia Runding Dengan...

MOSCOW - Rusia bersedia berbincang dengan Amerika Syarikat (AS) untuk melanjutkan perjanjian pengurangan...

Insentif Tambahan Jika Berjaya...

IPOH - Atlet Perak yang berjaya mencapai catatan terbaik peribadi pada Sukan Malaysia...

SKMM Siasat Penyebaran Berita...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyiasat 67 kes penyebaran...

Skrin Video Gergasi Hempap Kumpulan Pop Hong Kong

HONG KONG – Sekurang-kurangnya tiga orang cedera termasuk seorang ahli kumpulan muzik pop Hong Kong, Mirror apabila sebuah skrin video gergasi jatuh dan menghempap mereka di pentas konsert, lapor akhbar New York Post semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kemalangan itu dirakam peminat yang menonton konsert tersebut di Hong Kong Coliseum dan kemudian, memuat naiknya di laman sosial.

Rakaman kejadian memaparkan sebuah skrin yang digantung di atas pentas putus dan menghempap kumpulan penghibur yang membuat persembahan.

Tiada penjelasan mengenai keadaan anggota Mirror yang cedera itu tetapi akhbar South China Morning Post (SCMP) melaporkan bahawa dua penari lelaki kumpulan itu telah dibawa ke hospital. Keadaan mereka tidak diketahui. Kumpulan Mirror terdiri daripada 12 anggota.

Konsert itu segera dihentikan, manakala pengurus kumpulan Mirror, Ahfa Wong Wai-Kwan naik ke pentas untuk menenangkan penonton yang bimbang.


“Terima kasih atas sokongan anda kepada Mirror tetapi ada sesuatu yang kami perlu tangani sekarang.

“Saya harap anda semua beredar dengan tertib. Saya minta maaf. Saya berjanji untuk menyelesaikan isu mengenai tiket anda dan akan mengendalikan acara untuk memastikan keselamatan semua orang,” katanya.

Ini bukan kemalangan pertama yang dihadapi oleh kumpulan itu. Minggu lalu, seorang ahli Mirror, Frankie Chan jatuh daripada pentas ketika memberi ucapan semasa mengadakan konsert. Menurut SCMP, Chan segera bangun dan meminta maaf atas kecuaiannya.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori