• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tayar Lori Treler Tercabut Hempap Kanak-Kanak

oleh AK-47
29/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tayar Lori Treler Tercabut Hempap Kanak-Kanak
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Seorang kanak-kanak lelaki nyaris maut selepas terkena tayar treler yang tercabut di Kilometer 3 Jalan Triang-Temerloh dekat Kampung Buntut Pulau di sini pada Jumaat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian kira-kira jam 11.24 pagi itu, mangsa yang berusia 12 tahun sedang mengayuh basikal.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, hasil siasatan mendapati dua biji tayar treler jenis Nissan yang membawa muatan sawit yang dipandu lelaki berusia 35 tahun dalam perjalanan dari arah Temerloh menghala ke Triang telah tercabut.

Menurutnya, tayar itu telah merempuh bahagian sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV yang diletakkan di bahu jalan sebelah kiri menghala ke Triang.

“Sebiji lagi tayar terkena seorang kanak-kanak lelaki yang sedang mengayuh basikal menyebabkan kecederaan di bahagian kepala, patah bahu kiri dan patah kaki kiri,” kata beliau dalam kenyataan pada Sabtu.

Ujar beliau, mangsa kini menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam pada itu, Mohd Azhar menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian untuk tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Orang ramai juga boleh menghubungi Cawangan Trafik IPD Temerloh di talian 09-2716086,” tambah beliau.

-Sinar Harian

Tags: hempapkanak-kanakTayar Lori
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd