Friday, December 8, 2023

Creating liberating content

Foto Instagram Cetus Amarah,...

BARU hendak surut isu kontroversi pelakon berkemban dalam naskah arahannya, kini timbul cerita terbaharu...

Jangan Pandang Ringan Kegiatan...

KUALA SELANGOR - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah mengingatkan seluruh lapisan...

LTTE: Guan Eng Nafi...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menafikan beliau membuat kenyataan...

Suami Isteri Ditemui Maut...

KUANTAN - Pasangan suami isteri ditemui maut dalam bilik air di rumahnya di...

Reman 5 Suspek Kes Tipu Pakej Haji Disambung Lagi

KUALA LUMPUR : Lima individu yang ditahan berhubung kes penipuan haji furada yang menyebabkan kira-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) minggu lalu, direman tiga hari lagi sehingga Ahad ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, berkata Polis Kuala Lumpur meneruskan siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan ke atas kesemua individu terbabit sebaik siasatan oleh Polis Selangor selesai semalam.

“Semalam, kelima-lima suspek diserahkan kepada Polis Kuala Lumpur selepas tempoh reman empat hari terhadap mereka tamat di Selangor. Polis Kuala Lumpur akan menyambung siasatan dan mereka kini direman tiga hari bermula hari ini,” katanya kepada BH, hari ini.

Kelmarin, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan sudah menerima 72 laporan polis di seluruh negara dengan kerugian RM3.95 terhadap tiga agensi pelancongan dan 13 kertas siasatan sudah dibuka.

Kuala Lumpur merekodkan jumlah laporan tertinggi dengan 24 dan membabitkan kerugian RM1.24 juta, diikuti Selangor dengan 14 laporan (RM404,000) dan Pahang dengan 13 laporan membabitkan kerugian RM1.61juta.


Polis Kelantan, Johor dan Perak, masing-masing menerima lima laporan dengan jumlah kerugian RM209,000, RM176,00 dan RM171,000.

Tiga laporan turut diterima di Kedah membabitkan kerugian RM48,000, dan masing-masing satu laporan di Terengganu (RM38,000), Pulau Pinang (RM32,000) dan Negeri Sembilan (RM16,000).

Berikutan kejadian bakal jemaah terkandas itu, polis pada Jumaat lalu menahan lima suspek berusia antara 30 hingga 60 tahun, terdiri pemilik sebuah agensi pelancongan dan isteri, seorang ejen dan dua pekerja di pejabat agensi pelancongan yang beroperasi di Danau Kota, Setapak, di sini.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori